Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB
Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)
Khamis, 19 Mei 2011
Isnin, 16 Mei 2011
Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai SOLAT


Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.
Solat juga menjalinkan hubungan langsung seorang hamba kepada Penciptanya tanpa perantaraan material atau manusia lain.
Hanya takwa dan iman yang mampu menggerakkan seorang hamba menyembah-Nya lima waktu setiap hari. Mencari kesempurnaan dalam solat, pembaca perlu terlebih dahulu memahami, solat adalah ibadah paling istimewa. Solat adalah talian pantas untuk terus berhubung dengan Allah.
PTS Islamika Sdn Bhd kini menerbitkan buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab Perihal Solat bagi menjelaskan secara mendalam perihal solat. Buku ini juga disusun secara istimewa dalam bentuk soal jawab bergambar. Melalui konsep bergambar ini, penulis dapat membangkitkan pelbagai persoalan remeh temeh yang tidak disentuh dalam buku-buku lain, tetapi sering terjadi kepada pembaca.
"Buku ini bukan buku pertama saya dalam subjek solat, malah yang ketiga. Sebelum ini saya menulis buku Soal Jawab Remeh Temeh tentang Solat dan Ensiklopedia Solat. Kedua-dua buku ini membahaskan solat dengan cara berbeza. Buku pertama berbentuk soal jawab dan buku kedua pula adalah buku rujukan lengkap bergambar.
"Melalui konsep soal jawab, saya dapat mengetengahkan pelbagai persoalan yang biasa dialami siapa sahaja dalam solat. Metode ini tidak memerlukan saya menghuraikan satu persatu bab solat dari awal hingga akhir. Sudah tentu pembaca yang sudah mengerjakan solat berpuluh tahun juga tidak berminat mengetahui perkara terlalu asas dalam solat. Tetapi persoalan yang sering dihadapi pembaca adalah perkara yang remeh," jelas penulisnya, Ustaz Rohidzir Rais.
Berdasarkan maklum balas pembaca buku ini, Ustaz Rohidzir rumuskan teknik soal jawab berdasarkan senario ini lebih mudah diterima pembaca. Beliau menjelaskan, Ensiklopedia Solat pula adalah buku rujukan yang padat dengan gambar sebagai panduan pembaca.
Pengalaman menulis buku, artikel dan rencana sebelum ini menyedarkan beliau betapa sukarnya menggambarkan peristiwa atau perbuatan melalui tulisan terutama apabila terpaksa menerangkan kadar perbuatan, kadar masa dan jarak.
"Sudah tentu keadaan ini berlaku kerana pemahaman setiap orang berbeza bagi perkara yang subjektif seperti ini. Namun begitu, melalui Ensiklopedia Solat, semua masalah itu dapat diselesaikan melalui gambar fotografi dan lukisan. Pembaca tidak perlu lagi memeningkan kepala membaca ulasan panjang lebar. Lihat sahaja pada gambar-gambar, dengan mudah ilmu dapat disampaikan. Saya kira ini adalah buku panduan solat terlengkap dan interaktif pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu," jelas beliau lanjut.
Saya mendoakan agar kerja keras saya dan rakan-rakan yang berhempas pulas menyiapkan buku ini diterima sebagai amal kebajikan buat kami di negeri sana nanti.
Posted by Rohidzir Rais at 1:51 PG 0 comments
Jumaat, 22 April 2011
Isnin, 14 Februari 2011
Isnin, 7 Februari 2011
Pandangan kedua: Bawa pulang bawa kesan negatif Ismail Hashim
Revolusi Mesir:
Pandangan kedua:
Bawa pulang bawa kesan negatifIsmail Hashim

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Ketika rakyat dan kerajaan sibuk mahu membawa pelajar Malaysia di Mesir pulang, seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari sana mempunyai pendapat yang berlainan.

Posted by Rohidzir Rais at 8:44 PG 0 comments
Sabtu, 13 November 2010
Penemuan sains terkini mampu perkukuh keimanan umat Islam oleh Rohidzir Rais - Berita Harian
Penemuan sains terkini mampu perkukuh keimanan umat IslamOleh Rohidzir Rais
2010/07/08
KITA boleh beriman dengan apa saja yang kita mahu, namun dunia moden kini berpaksi di atas bukti dan keterangan sains dan teknologi. Bagi mereka, iman tanpa bukti tidak memberi erti kerana kebenaran tidak berlandaskan kepercayaan atau fahaman ramai, jika tidak pasti Christopher Colombus sudah terjatuh dari bumi pada 1420 dulu.
Tidak dinafikan ada kelompok agamawan yang berkarat dengan jumudisme sehingga berasa cuak meletakkan al-Quran di neraca sains, kononnya ia hanya akan melemahkan iman seperti kepercayaan paderi Kristian pada Zaman Kegelapan Eropah (dianggarkan berlangsung selama 1,000 tahun).
Ketika itu institusi Gereja Katolik Rom berkuasa penuh ke atas kerajaan. Menurut paderi Charles Chiniquy, (1809-1888) dalam bukunya bertajuk Years in the Church of Rome, semua kerajaan perlu berasas kepada kepercayaan Katolik dan Paus (Pope) saja adalah sumber perundangan yang sah serta maksum daripada sebarang kesalahan. Paus adalah pentafsir tunggal kepada hukum-hakam.
Pada masa sama, sebuah mahkamah perundangan dinamakan Inquisition Court ditubuhkan dan mahkamah ini mempunyai kuasa penuh menangkap, memenjarakan, menyeksa dan membunuh sesiapa saja dianggap menentang gereja, tanpa bicara.
Berikutan itu, menurut E Josephson (1986), 100 saudagar dibakar pada abad ke-16 hanya kerana membuat keuntungan dalam perniagaan. Sementara itu, dianggarkan sebahagian penulis Barat sekitar 340,000 orang dibunuh dengan dibakar kerana mempelajari sains dan mengeluarkan teori sains kononnya bertentangan dengan gereja serta mengundang kemurkaan Tuhan.
Mengecewakan bila perkara sama berlaku kepada sebahagian masyarakat Islam di Malaysia menyebabkan timbul pertanyaan, benarkah Islam dan sains itu ibarat air dan minyak tidak mungkin bersatu?
Menyingkap sejarah agama nenek moyang mungkin boleh menjawab persoalan ini. Ketika Islam tiba di Tanah Melayu sebelum kurun ke-15, masyarakat Nusantara ketika itu kebanyakannya beragama Hindu dan animisme, atau langsung tidak beragama. Kepercayaan Hindu dan animisme yang sarat dengan unsur tahyul serta khayalan menyebabkan penganutnya hilang nilai berfikir yang rasional. Tambahan, kita hanya didedahkan dengan ilmu sains dan teknologi oleh penjajah Barat.
Secara luar sedar, kita seolah-olah ditanamkan untuk menempatkan Islam di satu sudut dan sains di sudut berbeza. Pastinya ramai tertanya sejauh mana kebenaran perbandingan antara al-Quran dan sains memberikan kesan negatif kepada keteguhan iman seseorang?
Analisis perbualan Bapa Sains Dunia, Nabi Ibrahim dengan Tuhannya, memberikan pencerahan. Peristiwa itu dirakamkan dalam surah al-Baqarah, ayat 260 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk yang mati? Allah berfirman: Apakah engkau belum percaya? Ibrahim menjawab: Bahkan aku meyakininya, tetapi supaya tenteram hatiku.
Bagaimana Ibrahim, kekasih Allah yang teruji imannya dengan penyembelihan puteranya, memerlukan bukti zahir yang boleh diperhatikan. Jika iman seorang nabi Allah juga memerlukan bukti pemerhatian untuk mententeramkannya, bagaimana dengan kita?
Cukup kuatkah iman dengan hanya berbekalkan ilmu tauhid yang diajar ketika di sekolah rendah dan menengah? Sempurnakah tauhid kita dengan hafalan dan nyanyian Asma al-husna, sifat 20 dan marhaban atau sebenarnya kita sekadar beriman di mulut, tetapi tidak di hati?
Jelasnya, segala penemuan sains terkini secocok dengan ayat al-Quran dan hadis, tidak menjadi dalil kepada mereka yang tidak beriman. Sebaliknya ia mungkin dapat menggilap kembali mutiara iman yang sedia tersemat pada dada mereka yang jujur mencari kebenaran.
Posted by Rohidzir Rais at 8:46 PTG 0 comments
Ahad, 24 Oktober 2010
Temuramah Rohidzir Rais dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, bersama Ramlee Awang Murshid
Posted by Rohidzir Rais at 3:13 PTG 0 comments
Ahad, 19 September 2010
Fikrah Perokok Terumbang-ambing Antara Mistik, Imperalisme dan Kapitalisme
Siri 1 SELAMA 16 KURUN lamanya umat Islam “buta tembakau”. Umat Islam tidak tahu langsung apa itu tembakau, bagaimana pokok, daun dan batangnya serta untuk apa tembakau itu boleh digunakan. Sepanjang tempoh itu umat Islam bersih dari usaha pendapatan penanaman tembakau dan pencemaran asapnya. Sementara itu, walaupun mereka bebas dari fenonema tembakau tetapi mereka menghadapi zaman kemunduran. Rata-rata kedudukan politik, ekonomi dan sosial umat Islam pada waktu itu berada pada tahap sangat daif; semakin menurun hari demi hari. Mereka hidup dalam kejumudan, kepompong taklid buta, kegelapan politik dan ketidakstabilan sosial. Tetapi, malangnya umat Islam terus lena diulit ilusi kegemilangan Islam lampau. Manakala masyarakat barat sebaliknya, di mana mereka menemui sentuhan ketamadunan moden. Selepas keperitan dan pengajaran perang Salib yang berlanjutan hampir 200 telah mengalihkan strategi mereka 180 darjah ke arah pembangunan dalaman, penguasaan ekonomi melalui penemuan-penemuan baru. Mereka nekad menerobos sempadan sejarah gelap ke alam pencerahan dan realiti masa depan yang gemilang walaupun terpaksa bermula dari bawah. Penemuan sejarah mencatatkan penemuan awal rokok dari mitos mistik orang-orang asli benua Amerika. Orang Indian ini menghisap rokok untuk mendapatkan asapnya bagi tujuan pemujaan ruh baik dan menghindarkan ruh jahat. Menurut catatan “Wikipedia” sewaktu Colombus dan kelasinya menemui pulau Bahamas pada tahun 1429, mereka melihat orang-orang Indian yang memegang sesuatu yang bernyala dan mengeluarkan asap di hujungnya. Mereka menghisap benda itu dan menghembuskan asapnya dengan menggunakan alat seperti paip. Mereka meletakkan tembakau di dalam lubang paip dan menyalakannya untuk mendapatkan asap. Mereka melakukan demikian kerana berpegang kepada kepercayaan interaksi ghaib ruh baik dan ruh jahat. Mereka sentiasa melakukannya sebagai upacara suci bagi mendapatkan pertolongan ruh agong dan dalam situasi yang sama bermohon dijauhi dari ruh yang tidak baik. Hakikatnya, ruh jahat atau baik yang dimaksudkan oleh orang Indian itu merupakan makhluk halus dari jenis jin. Percaya atau tidak, makhluk halus di dunia ini hanya dua sahaja iaitu malaikat yang diciptakan dari nur dan kedua jin yang dijadikan dari unsur api. Dr. Salah al-Khalidi dalam “al-Qasas al-Qur’ani” menyatakan bahawa malaikat dan jin merupakan makhluk alam ghaib, iaitu ghaib dari alam nyata manusia sahaja. Manusia tidak melihat mereka dengan mata kasar tetapi mereka hidup dan wujud di sekeliling kita. Tambahnya lagi, asal-usul jin dari “al-Samum” seperti penjelasan surah al-Hijr, ayat 27, maksudnya; “Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”. Hakikat “api yang sangat panas” itu disebut dalam al-Quran sebagai “al-Samum”. “al-Samum” pula terbentuk dari “al-Marij” iaitu gabungan dua juzuk api. Pertama; diambil dari satu juzuk yang terakhir dari kepanasan api yang mengeluarkan sinaran api dan kedua, juzuk asap hitam yang dijulang api marak. Intergrasi kedua-dua juzuk inilah diciptakan jin. Menurut keterangan “Ensiklopedia Islam” golongan malaikat semuanya baik belaka, taat, beriman dan tidak sekali mengganggu manusia, malah mendatangkan rahmat. Manakala golongan jin terbahagi kepada dua; jin beriman dan kedua jin kafir yang disebut juga syaitan dan iblis yang tentunya membuat kacau dan memperdaya manusia dari hidayat Allah. Justeru, mitos mistik orang Indian itu berkait rapat dengan anutan kuasa ghaib yang bertentangan dengan Islam. Pembakaran seumpama colok dan kemenyan untuk mendapatkan asap sebenarnya mengandungi elemen penyeruan makhluk halus kerana unsur asap sinonim dengan kejadian jin. Dikatakan bahawa jin bukan sahaja makan sisa tulang dan makanan tetapi juga begitu teruja dengan asap. Sehubungan itu, tidak jauh kebenarannya jika Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus dalam satu ceramahnya berseloroh bahawa orang yang hisap rokok perlu hati-hati kerana asap yang dihasilkan itu mampu menarik minat jin. Katanya; “Jin dijadikan dari asap dan makan dari unsur asap seperti manusia dijadikan dari tanah yang makan dari unsur kejadian tanah. Maka orang yang hisap rokok sebenarnya kawan jin”. Kenyataan ini memberikan signal tersirat apakah pengaruh asap yang menjadi makanan jin ini juga salah satu faktor menyulitkan usaha “menalak tiga” rokok. Keadaan ini membuat perokok begitu liat dan sukar memberikan keikhlasan suci untuk membuang jauh-jauh tabiat rokok. Sebab itu soal hubungan jin, pembaziran duit dan efek racun dalam rokok yang disahkan pakar perubatan mengandungi lebih kurang 4000 racun yang membawa penyakit tahap berbahaya dan maut sehingga laporan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 4.9 juta manusia mati setahun akibat rokok merupakan perkara sampingan, malah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi perokok. Mereka rela apa saja demi rokok! Suatu perkara sampingan yang perlu disentuh berkaitan asap dalam kesempatan itu juga ialah fatwa Jabatan Mufti Melaka menegaskan jika asap yang dihasilkan samada dari rokok, colok dan kemenyan dalam bentuk perbomohan, penyeruan dan perubatan tradisional dengan maksud mendampingi dan meminta bantuan makhluk ‘ghaib’ adalah bercanggah dengan akidah Islam. Sejarah kepesatan perusahaan tembakau secara jelas disaksikan apabila ahli korporat besar bernama Rodrigo De Jares merintis perniagaan tembakau, khususnya perusahaan rokok di Cuba. Pada tahun 1556-1558 rokok mula diperkenalkan ke Perancis, Sepanyol dan Portugal sehingga tersebarlah ke seluruh dunia. Dilaporkan, selepas orang-orang Sepanyol berjaya mempromosikan tembakau ke Eropah, terutama kepada golongan bangsawan British yang menghisap tembakau dengan paip pada waktu rehat telah melonjakan aktiviti penanaman tembakau sebagai komuniti ekonomi negeri-negeri jajahan British yang bermula di Amerika Utara. Usaha kapitalis melalui selendang imperealis semakin berjaya. Pada tahun 1630-an hasil tembakau memberikan loba besar bagi negeri Virginia. Akibatnya, fenonema tembakau tidak dapat disekat lagi, kian pesat pada abad ke-17. Serentak dengan itu, pedagang Eropah memperkenalkan tembakau ke seluruh Asia dan Afrika. Kemudian dalam abad ke 19 orang-orang Sepanyol memperkenalkan cerut ke Asia melalui tanah Filipina dan kemudian ke Rusia dan Turki serta tidak terkecuali ke dalam negeri-negeri Islam, terutama tanah jajahan mereka. Bersambung…
Fikrah Perokok Terumbang-ambing Antara Mistik, Imperalisme dan Kapitalisme
Rentetan penemuan demi penemuan dicapai yang membawa kepada penemuan tembakau pada akhir kurun ke-14 menjadikan gelombang penguasaan ekonomi global kian realistik. Sejak itu, dunia Eropah telah berkembang pesat dengan industri tembakau yang diterajui monopoli kapitalis. Masyarakat barat telah diselubungi fenonema ini selama 200 tahun sebelum merebak ke dunia umat Islam.
Namun, saya yakin niat perokok bukan mendampingkan diri dengan jin. Mereka menyalakan rokok semata-mata mendapatkan kenikmatan candu dalam kandungan asap rokok. Dalam cita-cita perokok asap itu adalah kemuncak kelazatan. Tiada rokok tanpa asap. Banyak benda lain yang berasap tapi tidak seindah rokok.
Posted by Rohidzir Rais at 11:11 PG 0 comments
Ahad, 8 Ogos 2010
Bicara Ad-Deen di Masjid Negeri Shah Alam
Alhamdulillah Bicara Ad-Deen berjalan dengan baik. Cuma apa saya menggambarkan sebagai kuliah selepas Subuh, saya anggarkan maksimum 20 orang. Tetapi yang hadir, rasanya sekitar 50. Saya sangat kagum dengan jemaah masjid dan pengurusan masjid.
Kuliah pada pagi itu membincangkan tentang Peristiwa Sejarah Ramadan berdasarkan tajuk buku PTS ISlamika. Tetapi huraian saya tidak berdasarkan buku tersebut. Kerana fakta-fakta sejarah yang adalah dalam buku tersebut boleh dibaca sendiri oleh jemaah. Sayangnya, buku tersebut sudah kehabisan stok di stor.
Saya membahaskan tiga peristiwa penting berlaku pada bulan Ramadan dari aspek berbeza.
1. Perang Badar - saya kaitkan kepentingan umat Islam memperkuatkan EKONOMI atau kita akan terus dipermainkan. Perang Badar adalah contoh bagaimana Rasulullah dan umat Islam Madinah perlu menguatkan ekonomi mereka seberapa segera.
2. Persiapa Perang Khandak - Kepentingan umat Islam menguasai teknologi sekalipun ia berasal daripada orang bukan Islam. Teknologi pembinaan parit sebagai strategik peperangan adalah contoh teknologi Farsi yang diterima Rasulullah. Saya tegaskan golongan agama perlu cekap teknologi, bukan sekadar celik.
3. Pembukaan Makkah - Kuasa hijrah untuk berubah dan melarikan diri daripada maksiat atau suasana yang tidak Islamik. Orang Islam Makkah dan Rasulullah yang terpaksa meninggalkan Makkah akibat tekanan melampai golongan bukan Islam, akhirnya kembali dengan penuh maruah ke Makkah untuk mendapatkannya kembali.
Saya turut menceritakan kisah hijrah saya daripada tingkatan 6 ke Pondok Pasir Tumboh... :)
Selepas selesai huraian bab ini, saya kemudian memperkenalkan PTS serta misi dan promosi yang sedang kita lakukan.
Saya jelaskan bahawa PTS adalah penerbit yang menghasilkan buku-buku patuh syariah dalam semua gerne. Saya ajak mereka ke PTS untuk mencari bacaan yang baik untuk ibu bapa dan anak-anak.
Kebetulan Puan Rohayati, penulis buku 101 Akhlak Rasulullah ada bersama jemaah dan beliau memberikan contoh buku tersebut sebagai contoh kualiti buku PTS.
Saya juga menguar-uarkan program ramdan@pts dan buku-buku yang kita terbitkan khas untuk ramadan. Juga kepentingan membaca pada bulan Ramadan.
Program wakaf buku untuk anak-anak yatim dan sekolah juga saya ceritakan. Saya jelaskan betapa anak-anak ini tidak hanya memerlukan beras dan baju raya tetapi juga ilmu dan kecemerlangan akademik untuk survive.
Selepas kuliah baru saya tahu, ada jemaah yang tidak kenal PTS!
Insyallah lepas ini PTS dan masjid negeri boleh adakan kerjasama dalam apa-apa acara yang sesuai:
- Pelancaran buku
- kursus penulisan
- bedah buku
- karnival buku
Terima kasih semua atas majlis yang hebat ini,moga bermanfaat.
Terima kasih khusus untuk Tuan Ilhami Hisyam.
Posted by Rohidzir Rais at 4:19 PTG 0 comments
Ahad, 1 Ogos 2010
Syahadah Gadis Ateis... Penilaian Jujur

Syahadah Gadis Ateis... Penilaian Jujur.
http://www.hmetro.com.my/m
Saya membaca ulasan saudara al-Abror Mohd Yusuf dalam Harian Metro dengan penuh syukur. Terima kasih atas kesudian penulis yang menghuraikan setiap aspek hitam putih novel ini sehingga setiap inci novel ini dianalisisnya. Saya tidak dapat bayangkan kesungguhan beliau mengkaji novel ini hingga mampu memberikan ulasan mantap seperti ini. Sekali lagi terima kasih.
Novel tauhidi, istilah yang kami gunakan bagi penerbitan novel berbentuk tauhid di bawah penerbitan PTS Islamika. Syahadah Gadis Ateis, adalah anak sulung kami. Sebahagian fakta yang disebutkan penulis dalam artikel ini, sudah kami sedari dan akui . Tetapi memandangkan ini anak yang pertama, biarkan ia 'terjatuh' sekali dua.
Novel ilmiah, ini juga konsep kedua yang kami perjuangkan. Novel biasa dianggap sebagai bacaan santai yang dipenuhi ayat-ayat 'bunga' dan meleret-leret. Ia membuai perasaan pembaca bagi untuk terus membaca. Kami ingin mengubah novel menjadi bahan bacaan yang mendidik pembaca dengan fakta yang konkrit dan realistik. Melalui genre novel, yang merupakan antara kategori buku yang diminati, PTS Islamika memasang azam meluaskan konsep dakwah kepada pembaca tanpa perlu membuka buku agama. Jangan hairan, jika novel yang dihasilkan nanti mempunyai nota hujung sebagai rujukan pembaca.
Menariknya, pembaca novel kini makin bijak. Kelompok yang meminati novel juga sudah meningkat kepada golongan profesional dan akademik. Justeru, reformasi novel sangat diperlukan.
Tidak mudah mengimbangi di antara ilmiah dan seni, fakta dan sastera. Namun di situ letaknya kreativiti dan kesungguhan penulis. Saya kira, Syahadah Gadis Ateis berjaya memenuhi aspek fakta dan ilmiahnya, namun agak tempang unsur seni dan sasteranya.
Besar harapan saya, penulis yang berminat menulis dalam kategori ini menjadikan artikel dan novel ini sebagai rujukan dan panduan. PTS Islamika juga menghasilkan novel tauhid kedua bertajuk, Harumnya Norjannah. Novel ini lebih ringan dan berjiwa tetapi masih membahaskan isu tauhid. Semoga Tuan al-Abror sudi membaca dan menilainya.
Selainitu, dua novel terjemahan daripada bahasa Turki sedang dalam proses pencetakan. Kedua-dua novel itu ditulis oleh sasterawan Turki, Emine Senlikogklu. Maria dan Weil China akan berada di pasaran hujung bulan ini. Dua novel ini, diharap dapat memberikan impak kepada peminat novel.
ROHIDZIR RAIS
PTS Islamika Sdn. Bhd. (847946-W)
Senior Editor
ا؎ت اتعŮزا ؚ٠ع Sudah membaca novel Maria, karya Emine Senlikogklu. Bagus kisahnya. Moga pengajaran besar didapatkan, insya`allah. Bagi saya Novel itu mempersembahkan tarbiyah dan dakwah yang sangat membina.. Tahniah PTs atas usaha ini. Moga sentiasa diberkati Allah.July 20 at 1:39am · ·
Budi Yanto satu kupasan ikhals oleh wartawan tersebut. namun berilah ruang dan peluang genre novel islam seperti ini bertapak, bertatih dan berlari apabila masa matangnya telah sampai. ini cabaran kepada penulis. namun TAHNIAH untuk tun imran haaz atas permulaan ini. semakin banyak ia dikritik sebenarnya semakin ramai yang membacanya dan ingin mengetahui. bukankah itu sedikit permulaan kejayaan?July 20 at 4:06am · ·
Ainon Mohd. Suatu kupasan yang banyak manfaatnya bagi perkembangan sastera agama....
Rozita Yaacob semuga suksess usaha memartabatkan novel yg memberi tarbiyah itu...July 20 at 7:25am · ·
Syafiq Zulakifli Saya berpandangan bahawa Teori Sastera Persuratan Baru amat dekat dengan novel tauhidik Islamika ini. Saya mahu menghasilkan novel fiqah supaya perbahasan ulama berkenaan hukum hakam, pembaca dapat khatami dengan membaca novel.July 21 at 4:39am · ·
Rohidzir Rais Tahniah Tuan Syafiq... kecil tapak tangan.. PTS tadahkan. Selamat menulis. Sudah masanya kita mengangkat kembali sastera islami. Ini baru novel, bagaimana dengan puisi?
Puisi adalah genre sastera yang tinggi.July 21 at 4:47am · ·
Syafiq Zulakifli Saya sedang berbincang-bincang dengan sifu PTS untuk menerbitkan puisi cinta Islam.July 21 at 4:47am · ·
Rohidzir Rais Saya ada sebuah skrip puisi yang baik, tetapi tidak diterima . Kecewa juga, mungkin boleh berbincang nanti.July 21 at 4:48am · ·
Posted by Rohidzir Rais at 11:02 PTG 0 comments










