Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Sabtu, 25 Februari 2012

Mahu Kahwin Gadis Muda?


Umur tidak pernah menjamin keBAHGIAan...


Entah berapa kali saya jelaskan kepada rakan yang konon mahu mengikut 'sunnah' saya berkahwin dengan wanita semuda 18 tahun!


Seorang rakan yang terlalu taksub mahu mencari isteri muda akhirnya bertunang dengan wanita muda idamannya. Kira-kira 2 tahun kemudian, saya mengucapkan tahniah atas kelahiran anak pertama. Saya hairan kerana isterinya bukan gadis muda yang menjadi idaman dan tunangannya. Ke mana pergi si gadis muda?


sahabat ini mengeluh kesal. Katanya, ketika bertunang lagi dia sudah rasa tertekan dengan sikap keanak-anakan si gadis muda ini. "Tak matang langsung!" getusnya geram. Dahi dikerutkan dan nafas semakin pantas. Menggambarkan dengan jelas tekanan yang dialaminya sebelum ini.


Apa yang mahu diharapkan daripada anak gadis 18 tahun yang masih hidup di bawah ketiak ibu bapa. Kahwin padanya hanya seperti berpacaran, seronok-seronok... Usah mengharapkan kematangan dari buah yang belum cukup masak!

0 comments: