Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Khamis, 19 Mei 2011

Ulasan Harakah

Isnin, 16 Mei 2011

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai SOLAT

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai SOLAT




Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.

Solat juga menjalinkan hubungan langsung seorang hamba kepada Penciptanya tanpa perantaraan material atau manusia lain.

Hanya takwa dan iman yang mampu menggerakkan seorang hamba menyembah-Nya lima waktu setiap hari. Mencari kesempurnaan dalam solat, pembaca perlu terlebih dahulu memahami, solat adalah ibadah paling istimewa. Solat adalah talian pantas untuk terus berhubung dengan Allah.

PTS Islamika Sdn Bhd kini menerbitkan buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab Perihal Solat bagi menjelaskan secara mendalam perihal solat. Buku ini juga disusun secara istimewa dalam bentuk soal jawab bergambar. Melalui konsep bergambar ini, penulis dapat membangkitkan pelbagai persoalan remeh temeh yang tidak disentuh dalam buku-buku lain, tetapi sering terjadi kepada pembaca.

"Buku ini bukan buku pertama saya dalam subjek solat, malah yang ketiga. Sebelum ini saya menulis buku Soal Jawab Remeh Temeh tentang Solat dan Ensiklopedia Solat. Kedua-dua buku ini membahaskan solat dengan cara berbeza. Buku pertama berbentuk soal jawab dan buku kedua pula adalah buku rujukan lengkap bergambar.

"Melalui konsep soal jawab, saya dapat mengetengahkan pelbagai persoalan yang biasa dialami siapa sahaja dalam solat. Metode ini tidak memerlukan saya menghuraikan satu persatu bab solat dari awal hingga akhir. Sudah tentu pembaca yang sudah mengerjakan solat berpuluh tahun juga tidak berminat mengetahui perkara terlalu asas dalam solat. Tetapi persoalan yang sering dihadapi pembaca adalah perkara yang remeh," jelas penulisnya, Ustaz Rohidzir Rais.

Berdasarkan maklum balas pembaca buku ini, Ustaz Rohidzir rumuskan teknik soal jawab berdasarkan senario ini lebih mudah diterima pembaca. Beliau menjelaskan, Ensiklopedia Solat pula adalah buku rujukan yang padat dengan gambar sebagai panduan pembaca.

Pengalaman menulis buku, artikel dan rencana sebelum ini menyedarkan beliau betapa sukarnya menggambarkan peristiwa atau perbuatan melalui tulisan terutama apabila terpaksa menerangkan kadar perbuatan, kadar masa dan jarak.

"Sudah tentu keadaan ini berlaku kerana pemahaman setiap orang berbeza bagi perkara yang subjektif seperti ini. Namun begitu, melalui Ensiklopedia Solat, semua masalah itu dapat diselesaikan melalui gambar fotografi dan lukisan. Pembaca tidak perlu lagi memeningkan kepala membaca ulasan panjang lebar. Lihat sahaja pada gambar-gambar, dengan mudah ilmu dapat disampaikan. Saya kira ini adalah buku panduan solat terlengkap dan interaktif pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu," jelas beliau lanjut.

Saya mendoakan agar kerja keras saya dan rakan-rakan yang berhempas pulas menyiapkan buku ini diterima sebagai amal kebajikan buat kami di negeri sana nanti.