Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Ahad, 24 Ogos 2008

Pencinta Solat Yang Setia


Sempurnakan solat anda



Kutub KhanahOleh ZUARIDA MOHYIN

ASAS segala amalan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad.

(Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibnu Majah pada bab Iman: Tentang Keutamaan Solat)


Demikianlah besarnya kepentingan solat dalam Islam sehingga Rasulullah SAW menggambarkan solat sebagai tonggak utama agama dan sesiapa yang mendirikannya (mengerjakannya) bererti dia telah mendirikan atau memperkuatkan agama.
Lantaran itu, jika seorang meninggalkan solat, samalah seperti dia menghancurkan agama yang dianutinya sendiri. Biar berpuluh kali menunaikan haji atau beratus tahun berpuasa atau berjuta malah berbilion wang dibelanjakan untuk zakat dan sedekah, semua ini tidak akan bererti tanpa sebatang tiang seri bernama solat.

Menyedari betapa pentingnya solat sebagai asas pertahanan akidah dan pembentukan akhlak sebuah masyarakat, Telaga Biru Sdn. Bhd., mengambil inisiatif menerbitkan sebuah buku solat bertajuk Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya…(2). Buku hebat yang mesti dimiliki ini ditulis oleh seorang lepasan Universiti al-Azhar, Rohidzir Rais yang telah menghasilkan lebih 30 buah buku dalam pelbagai bidang.

Istimewanya siri kedua buku berbentuk soal jawab ini ialah perbahasannya yang lebih luas dan padat tetapi sangat terperinci dan terarah. Dimulakan dengan membahaskan permasalahan air, najis dan cara menyucikannya serta taharah, pembaca dibawa memahami konsep azan, iqamah dan diikuti dengan solat. Ketelitian kajian penulis terhadap subjek solat ini dapat dilihat apabila setiap rukun solat dibahaskan secara tuntas dalam bab-bab berasingan yang memberikan ruang seluas-luasnya untuk menghalusi setiap rukun.

Satu kelainan dan juga kelebihan buku ini dibandingkan dengan buku-buku soal jawab yang lain ialah kemampuan penulisnya membentuk senario-senario realistik untuk setiap persoalan. Ia ini tidak hanya membantu pembaca memahami permasalahan yang dikemukakan dengan berkesan tetapi juga menghiburkan.

Persoalan yang ditimbulkan juga berbentuk kontemporari dan kerap kali dihadapi oleh sesiapa sahaja. Selain itu pujian harus diberikan kepada penulis kerana setiap jawapan yang diberikan juga sangat padat dan berdasarkan rujukan kitab-kitab muktabar, matan-matan hadis yang berbaris penuh dan takhrij yang lengkap. Malah persoalan yang tidak disangka-sangka juga ditimbul dalam buku ini. Pembaca yang selama ini merasakan pengetahuan solat yang dilakukannya setiap hari sudah cukup sempurna pasti terkejut dengan persoalan-persoalan remeh yang tidak pernah difikirkan sebelum ini tetapi ia memang wujud.

Seperti ungkapan penulis dalam halaman Kata Pengarang,:

"Semoga buku kerdil ini memberikan impak maksimum kepada pembaca dan penulis untuk memperkukuhkan tiang solat yang kita bina setiap hari. Semoga dengan rahmat-Nya kita semua akan menjadi "Pencinta Solat" yang paling setia."


Untuk maklumat lanjut mengenai buku ini, sila hubungi 019-5452750 ataupun sila layari www.al-zuhaily.blogspot.com
http://al-zuhaily.blogspot.com/2008/03/remeh-temeh-solat-2.html


Tajuk Buku: Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya (2)
Pengarang: Rohidzir bin
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: RM19.90 (Semenanjung); RM21.90 (Sabah & Sarawak)