Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Ahad, 10 Januari 2010

Ustaz Pahrol, Guru yang Sabar, Teman yang Mesra


Ini gambar kenangan bersama Ustaz Pahrol Md Juoi ketika pra pelancaran Stormreader pada Ramadhan yang lepas.

Ustaz Pahrol ini adalah guru saya dalam penulisan artikel majalah. Sebagai ketua editor majalah SOLUSI, memang dia bijak menjana idea. Lihat sahaja tajuk-tajuk SOLUSI setiap keluaran, ada unsur-unsur WOW pada tajuk yang dipilih.

Peringkat awal saya menulis artikel, konsep saya lebih mirip kepada buku. Maklumlah penulis buku yang beratus halaman, rasa memang kekok untuk sendatkan semua idea dalam 2-4 muka surat. Saya juga terikut-ikut penulisan buku ilmiah hingga artikel saya sarat dengan idea dan rujukan itu ... ini....

Tapi Ustaz Pahrol tidak lokek ilmu. Setiap artikel saya, dia pasti akan berikan komen. Menariknya gaya Ustaz Pahrol ni, komennya tidak mematahkan semangat saya. Lagi seronok nak menulis ada la!

Say masih ingat, Ustaz Pahrol sering merendah diri dengan berkata, "enta ilmu banyak kena pandai mencanai, ana ni ilmu tak seberapa asyik mencanai benda yang sama saja."

Tapi memang sungguh, kalau anda perhatikan tulisan Ustaz, isunya sama dengan isu orang lain, tetapi sorotannya sangat berbeza dan sangat menyentuh. Mungkin itulah anugerah Allah kepada Ustaz, keupayaan menyentuh hati dan minda manusia dengan tintanya.

Membaca semula artikel-artikel yang pernah saya hasilkan, saya berdoa moga segala kebaikan dan ganjaran yang Allah berikan melalui artikel-artikel ini, berikanlah ganjaran yang lebih kepada Ustaz Pahrol... guru saya, sahabat saya...