Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Sabtu, 25 Februari 2012

Aku Bukan Bahruddin Bekri

Perasaan itu sudah lama menghiris jantung dan jiwa ini. Bukan kerana tiada yang mahu menerima, tetapi kerana hanyir. Ya, hanyir. Kehanyiran dunia penerbitan itulah yang menjadi bilah-bilah pisau yang menggelar setiap baris urat sarafku dan membiarkan darah merah ku mengalir laju.

Mahu sahaja aku merampas bilah-bilah tajam itu daripada tangan-tangan berdosa mereka, laluku cantas kembali leher sang lintah darat itu. Biar tersembur semua darah merah yang pernah mereka kecapi dari jantung dan jiwa penulis seperti aku. Tetapi... ah... lintah tidak punya leher!

Ya, mereka bukan hanya tidak mempunyai leher, malah tidak juga memiliki hati dan jiwa. Yang ada pada mereka hanya mulut yang menyedut setiap titisan darah merah penulis seperti aku dan rakan-rakanku.

Kalaulah dapat aku menjadi Bahruddin Bekri yang tenang dan melihat setiap kedinginan itu sebagai indah. Ah... dia bisa sahaja melhat begitu. Jantungnya tidak pernah dihiris dan disedut lintah-lintah itu. Kedinginannya hanya pada ekonomi novel-novelnya yang ibarat ekonomi negara-negara Afrika. Sedang aku. Karya-karyaku adalah hasil bumi negara-negara Asia yang lumayan, tetapi hanya memenuhkan tembolok sang penguasa berhidung tinggi.

Sungguh aku bukan Bahruddin Bekri untuk mengasihani diri sendiri atas kekecewaan sebuah karya atau beberapa karya. Aku tidak cukup kecewa untuk menangisi bait-bait ilhamku yang bahagian pada tangan pembaca. Ya mereka membacanya. Ilmu cetekku dapat juga disuap, dikunyah dan ditelan pembaca. Cukup membahagiakan, mungkin!

Namun, akulah Bahruddin Bekri yang masih tidak dapat berkongsi rasa dan dana buat insan-insan yang acap memberikan sayang walau tiada pulangan. Untuk itu Bahruddin Bekri, kau dan aku patut mengasihani diri sendiri.

0 comments: