Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Khamis, 30 April 2009

SOLUSI edisi 7 kini di pasaran


FIZIKR (fikir+zikir) = Realiti Masa dan Takdir dalam Lohmahfuz
Bahagian kedua daripada kupasan isu menerobos rahsia lohmahfuz. Kali ini penulis menyingkap rahsia di sebalik TAKDIR.
- Bagaimana perkara yang belum berlaku boleh diketahui?
- Benarkah peristiwa silam, kini dan akan datang berlaku serentak?
- Apa peranan MASA dan RUANG dalam TAKDIR?
- Bolehkah kita menggembara merentasi masa, seperti
Back to the Future?

Bagaimana sains mengesahkan ayat-ayat al-Quran.
Bagaimana ayat-ayat al-Quran ini dibuktikan oleh sains.


KIASAN - Nyalaan Iman dalam Hati Setiap Mukmin
(Tafsir surah al-Nur ayat 35)

Allah memberikan perbandingan yang menarik tentang iman dan hidayat yang Allah berikan kepada orang beriman. Dia menggambarkannya seumpama cahaya pelita yang berada di dalam geluk kaca yang sangat jernih. Ia juga menggunakan bahan bakar yang terbaik.



Ingin mendapatkan SOLUSI tetapi tidak tahu di mana hendak cari??

Penghantaran melalui POS, bank-in bayaran dan SMS nama, alamat, jumlah RM dan masa bank-in dilakukan untuk semakan.

Harga: RM9.00
Mukasurat: 108
Kos Penghantaran Pos Ekspres: RM4.00

ROHIDZIR RAIS
a/c: 162478097090
Maybank

Dapatkan koleksi SOLUSI 1-6




Selasa, 21 April 2009

SOLUSI Meletup Di Pesta Buku Antarabangsa KL

Rabu, 15 April 2009

Lagi Kebijaksanaan Dakwah Tuan Guru


Ketika artis dan seleberti dicemuh dan dikecam hebat oleh sebahagian besar 'ulamak', ustaz2 dan penceramah, digelar sebagai ahli neraka, punca maksiat....

Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendekati mereka, memegang tangan mereka, memimpin mereka, memberikan senyuman kepada mereka... berkawan dengan mereka...





Bertuahnya Amy mendapat perhatian istimewa daripada Tuan Guru. Difahamkan, Tuan Guru yang memulakan langkah mendekati Amy apabila hadir ke restoren cina Amy. Kemudian bertemu lagi di Makkah ketika kedua-duanya mengerjakan umrah.
Subhanallah... Cahaya Allah, apabila berada di dalam hati manusia, ia ibarat nyalaan pelita yang terang, kemudian ia ditutupi dengan gelas kaca yang sangat jernih hingga menambahkan kecerahan cahayanya. Minyak yang digunakan oleh pelita ini dibuat daripada buah zaitun yang pokoknya mendapat cahaya matahari yang secukupnya, hingga minyaknya menjadi sangat jernih dan berkilauan... (Surah al-Nur)

Jumaat, 10 April 2009

Seni Dakwah Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat


Terharu saya membaca ulasan Tuan Guru terhadap Nga. Begitu hebat seorang Tuan Guru membaca hati, menilai seni...
Memang benar kata Tuan Guru Islam di Malaysia akan dijunjung dan dijulang oleh orang Cina, India, Kadazan dan lain-lain, kerana orang Melayu telah meninggalkan Islam.

Janji Allah Islam akan terus TINGGI, dan siapa yang berpegang kepadanya, mereka juga akan turut menjadi TINGGI...

Janji Allah lagi apabila satu bangsa itu meninggalkan Islam, Allah ganti bangsa atau masyarakat ini dengan kelompok bangsa yang lain. Nampaknya Tuan Guru melihat dengan MATAHATI jauh ke hadapan.

Nik Aziz suka Nga kenali Islam

Mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang minggu lalu sebagai percubaan mengenali Islam melalui pembacaan kitab suci itu.

Sehubungan itu, kata menteri besar Kelantan, beliau terharu dengan keluhan Nga yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, yang amat kesal "kerana apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang".

Sebelum ini beberapa laporan polis dibuat terhadap Nga, termasuk Badan Bertindak Perpaduan Melayu, kerana didakwa mempersendakan Islam apabila setiausaha DAP Perak itu menggunakan ayat al-Quran dalam ceramahnya sewaktu kempen dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen tersebut.

Dalam laporannya itu, presiden NGO Osman Abu Bakar mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada surah Al-A'raf untuk tujuan kempen dan menyebut kalimah tersebut secara tidak betul.

Beliau mendakwa Nga menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam ceramah tersebut.

"Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati Yang Berhormat (Nga)," tegas Nik Aziz dalam surat terbukanya berhubung isu tersebut.

"Mudah-mudahan dengan sikap 'tidak mesra Umno' dan pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran bukan Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas," tambahnya.

Nik Aziz juga berkata beliau mempunyai impian bahawa dalam tempoh tidak berapa lama lagi.

"Mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi qari, ustaz, khatib dan imam di seluruh negara," tegasnya.

Menurutnya, Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul memusnahkan tamadun Islam di Kota Baghdad tetapi kerosakan tersebut sempat ditebus semula melalui cucunya Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.

Maka Nik Aziz mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara ini melalui kaedah dan insiden yang hampir sama.

'Mudah-mudahan YB-lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

"Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana.

"Tajuk-tajuk seperti 'di mana tak kenanya Islam' atau 'apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam' bolehlah difikirkan," katanya.

Manakala anggota panel, tambahnya, boleh dipilih daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan juga pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas.

"Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid, surau, kuil, dewan-dewan perhimpunan, di universiti- universiti, baik di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB (Nga). Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini.

"Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana," tambah tokoh PAS itu.

Rabu, 8 April 2009

Tangan Tuhan di Angkasa



















Tangan siapa ni?

Ini adalah gambar terbaru yang dirakam oleh NASA's Chandra X-ray Observatory. Sinaran tenaga X-ray berkuasa tinggi ini berpunca daripada nebula di sekitar PSR B1509-58 yang membentuk warna biru dan kelihatan seperti tangan.

Warna merah adalah sinaran X-ray berkuasa rendah, dan warna oren adalah sinaran sederhana.

Menakjubkan?

Subhanallah

Credit: NASA/CXC/SAO/P.Slane, et al.

Isnin, 30 Mac 2009

Fiqh Semasa


Mukjizat Tuhan pada
DARAH WANITA

Ritma Darah Indikator Kesihatan Wanita

Sungguh menakjubkan bagaimana wanita boleh mengeluarkan tiga jenis darah yang berbeza daripada saluran yang sama. Selain itu setiap darah ini pula mempunyai nama dan hukum yang berbeza. Masa keluarnya darah-darah ini juga berbeza berdasarkan keadaan kesihatan individu wanita tersebut. Mungkin kaum lelaki sukar memahami bagaimana wanita mengalami pendarahan setiap bulan tetapi tidak jatuh sakit atau meninggal dunia kerananya. Sebaliknya wanita merasa gusar apabila darah haid mereka tidak teratur.

Para ilmuwan Islam dan pakar perubatan mengesahkan ketiga-tiga darah ini, haid (mestruasi), istihadhah (lochia) dan nifas (metrorrhagia), mempunyai fungsi dan peranan yang besar kepada wanita. Mereka berpendapat melalui pemerhatian dan kajian bahawa wanita yang teratur pusingan haidnya setiap bulan adalah wanita yang sihat dan subur. Sedangkan wanita yang menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu setiap bulan adalah indikator kepada masalah kesihatan yang dihadapinya.

Selain menjadi medium transformasi seorang kanak-kanak perempuan kepada wanita dewasa, ia juga bertindak sebagai aras pengukur peningkatan tanggungjawab dalam aspek ibadat. Wanita yang mendapati dirinya haid, bertanggungjawab melakukan semua ibadat yang diwajibkan ke atas orang yang mukalaf seperti solat, puasa, haji dan sebagainya.


Kitaran Haid Boleh Berubah Aturannya

Fungsi kitaran haid adalah untuk menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina. Kerana itu, proses haid sangat penting kerana ia membuang keluar darah, mukus/ lendiran dan sel-sel yang sudah mati.

Justeru, maklumat sains perubatan tentang haid ini perlu diteliti dengan rapi sebelum sebarang hukum fiqah dikeluarkan. Contohnya, para fuqaha sendiri berbeza pendapat tentang tempoh mula seorang perempuan didatangi haid ini. Ini kerana berdasarkan kajian perubatan, permulaan haid bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan.

Dengan itu secara tidak langsung, aliran darah haid sebenarnya menjadi ujian perubatan alamiah untuk menentukan kesihatan wanita setiap bulan. Sementara itu, wanita yang mengalami pendarahan di luar waktu haid juga menunjukkan masalah kesihatan. Darah ini dikenali darah istihadhah atau darah penyakit.

Menentukan jenis darah yang keluar daripada seorang wanita adalah tanggungjawab peribadinya. Ini kerana darah yang keluar menentukan sama ada dia wajib menjalankan ibadat seperti biasa atau haram melakukannya. Wanita Malaysia secara umumnya menggunakan kaedah kebiasaan setiap bulan untuk menentukan sama ada darah yang keluar adalah haid atau istihadhah. Apabila darah keluar melebih tempoh paling lama haid (15 hari mengikut mazhab Syafie) barulah wanita ini mula bersolat kerana menganggapnya sebagai darah istihadhah. Bagaimana pun, wanita moden kini berhadapan dengan perubahan corak kehidupan, pemakanan, suhu persekitaran berbeza hingga mempengaruhi ritma haid mereka. Penggunaan pil perancang atau suntikan pencegah kehamilah juga menyebabkan hormon tubuh tidak seimbang. Kesannya aturan haid tidak menentu hingga mengelirukan wanita untuk menentukan darah haid atau pun istihadhah. Keadaan yang sama juga berlaku kepada wanita yang pertama kali kedatangan haid dan tidak mempunyai kebiasaan. Oleh itu, kaedah membezakaan sifat-sifat darah lebih praktikal.


Kaedah Membezakan Darah Istihadhah dan Darah Haid

Meneliti sifat-sifat darah (Tamyiz) adalah kaedah utama yang lebih berkesan membezakan darah haid dan istihadhah. Kaedah ini memerlukan wanita meneliti ciri-ciri darah yang keluar. Sekiranya darah tersebut kehitaman, bererti ia adalah darah haid, tetapi apabila ia berubah menjadi warna merah ia adalah darah istihadhah. Sekiranya seorang perempuan dapat membezakan darah yang keluar sama ada darah haid atau istihadhah melalui pemerhatian terhadap kebiasaannya, dia boleh menggunakan kaedah ini untuk menentukan hukum. Ini berdasarkan apa yang berlaku ke atas Fatimah binti Hubaisy r.ha. ketika didatangi darah istihadhah. Rasulullah s.a.w. memberikan panduan untuk menklasifikasikan darah haid atau istihadhah :

‏‏Maksudnya: “Jika darah haid, ia berwarna hitam yang biasa dikenali. Jika darah haid itu keluar hendaklah kamu berhenti dan jangan kamu menunaikan solat. Jika ia (darah) yang lain (bukan darah haid), hendaklah kamu berwuduk dan bersolat, justeru ia adalah darah yang keluar daripada saluran darah (darah istihadhah).”

(Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud Taharah:)

Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami pendarahan secara berterusan, tetapi pada hari kesepuluh kelihatan perbezaan sifat darah:

  • Sehingga hari kesepuluh darah berwarna hitam (merah kehitaman) manakala selepas itu ia berwarna merah. Darah yang berwarna hitam adalah haid, darah yang berwarna merah adalah istihadhah.
  • Sehingga hari kesepuluh darah bersifat pekat manakala selepas itu menjadi cair. Maka darah yang pekat adalah haid, darah yang cair adalah istihadhah.
  • Sehingga hari kesepuluh darah memiliki bau manakala selepas itu tiada lagi bau. Maka darah yang berbau adalah haid, darah yang tidak berbau adalah istihadhah.

Membezakan Darah Haid dan Istihadhah Melalui Warna Darah

DARAH KUAT


Dianggap Sebagai Darah Haid


Warna Darah

DARAH LEMAH


Dianggap Sebagai Darah Istihadhah

Warna Darah

Merah Pekat (Kehitaman)


Merah


Merah


Merah Muda


Merah Muda


Kuning


Kuning


Keruh






Membezakan Darah Haid dan Istihadhah Berdasarkan Kepekatan dan Bau Darah

Keadaan Darah Kuat

Keadaan Darah Lemah

Darah Kental atau Likat

Darah Cair

Darah Berbau Kuat

Darah Kurang Baunya



Berdasarkan kaedah ini wanita mempunyai lebih banyak masa suci untuk beribadat daripada kaedah kebiasaan setiap bulan. Malah sekiranya suatu hari nanti sebuah alat menguji darah yang keluar daripada wanita dicipta hingga wanita dapat mengenal pasti dengan lebih tepat, dia hendaklah berpegang kepada keputusan alat ini. Perubahan seperti ini tidak pelik dalam ilmu fiqah, Imam Syafie sendiri mengubah pendapatnya tentang tempoh haid wanita di Iraq dan Mesir. Ini berlaku kerana perbezaan uruf tempat dan uruf teknologi.

Jumaat, 6 Mac 2009

Metafora al-Quran

USTAZ ANJING!!!



“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)

Sejarah Anjing

Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok rantau, para rasul, para nabi dan para alim ulama sentiasa mendapat penentangan daripada golongan aristokrat yang ‘berdarah biru’ dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Penentangan ini adalah sunah semula jadi yang telah terjadi dan akan terus berlaku. Malangnya di sebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan penglibatan golongan ketiga yang dijadikan kambing hitam oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera Allah.

Kisah Bala'm bin Baau'ra` seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s. Sejarah juga berulang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan tinggi dan mengetahui tentang kenabian Muhammad s.a.w. tetapi mati dalam keadaan kufur. Begitu juga dengan Abu ‘Aamir bin al-Nu’maan bin Soifi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasik kerana mengingkari kerasulan Baginda walau pun dia seorang rahib yang mengetahui tentang kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila bekerja sama dengan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan orang Mukmin.

Anjing Kurap

Oleh itu, dalam ayat 175 surah al-A’raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan ‘duri dalam daging’ yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk mementang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya.

Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap.

Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap ‘sampah sarap’ yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia. Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi.

Anjing Bercawat Ekor

Ini adalah kecaman Allah paling keras dan paling hina ke atas alim ulama. Sememangnya kecaman ini berasas dan tepat kerana fitnah yang ditimbulkan mereka terlalu besar. Bayangkan, ketika ulama lain melaungkan seruan jihad untuk membela agama Allah dan mengimpikan syahid, anjing-anjing ini memutarbelitkan istilah jihad ini dengan skop yang lebih kecil. Dengan itu lahirlah konsep jihad ekonomi, jihad pertanian malah jihad politik dengan mengundi parti yang berasaskan kebangsaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan (baca – menyalahgunakan) pelbagai ayat al-Quran dan hadis untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa jihad tidak lagi relevan pada zaman teknologi ini, malah menurut anjing-anjing bercawat ekor ini, jihad melawan nafsu lebih besar!

Dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki oleh ‘tuan anjing’ ini, anjing-anjing ini diberikan jawatan agama yang tinggi, slot-slot khas dalam televisyen, dilantik menjadi editor dan kolumnis akhbar dan majalah, dan dijadikan pemimpin masyarakat. Dengan segala fasilitet yang disediakan, sudah tentu salakan mereka lebih kuat dan bertambah nyaring. Mereka menyalak begitu kuat dan sumbang sehingga menghalalkan pelacuran kerana darurat, mengharuskan judi atas nama ekonomi, melunakkan istilah rasuah yang jijik dengan nama bunga yang indah, membiarkan perzinaan dan pergaulan bebas dengan meletakkannya sebagai kesalahan ibu bapa atau individu semata-mata.

Anjing Menyalak Bukit

Rentetan itu, masyarakat yang masih totok dengan al-Quran dan ilmu-ilmu agama, terpinga-pinga dalam kekeliruan dan tidak tahu siapa yang harus diikuti. Maka tidak hairahlah ketika beribu-ribu lepasan agama yang dihasilkan setiap tahun daripada IPT tempatan serta ditambah pula ustaz dan ustazah yang pulang daripada Jordan, Syiria, Madinah dan Mesir, masyarakat Islam Malaysia makin jauh daripada agama yang sebenar.

Kita tertanya-tanya, sebegitu ramai pakar fiqah, pakar hadis, pakar tafsir dan pakar bahasa Arab yang keluar setiap tahun daripada universiti-universiti tersohor dunia, ke manakah mereka? Ke mana perginya rakan-rakan Azhariyun yang suatu masa dahulu pernah menggegarkan piramid dengan seruan jihad? Atau apakah setelah diberikan gaji bulanan selesa dan jawatan berkerusi empuk, lalu seruan yang pernah dilaungkan dahulu menjadi seperti anjing menyalak bukit!

Anjing Jilat Tahi

Pada ayat 177 surah al-‘Araaf, Allah s.w.t. menjelaskan sekali lagi bahawa perumpamaan golongan ilmuwan agama yang bersikat tamak seperti anjing menjelirkan lidahnya adalah seburuk-buruk dan sehina-hina contoh. Justeru itu, artikel ini ditulis bagi menyahut perintah Allah agar memberikan peringatan kepada golongan ini. Sebagaimana kerasnya amaran Allah dalam ayat-ayat di atas, begitu juga penulis menggunakan uslub yang sama. Ibarat kata pepatah, ‘siapa makan cili dia yang merasa pedas’.

Penulis berharap tulisan ini menjadi peringatan tegas kepada rakan-rakan daripada kalangan alim ulama, ustaz-ustaz, tok-tok guru dan para profesor, lebih-lebih lagi kepada diri penulis sendiri, agar mencerminkan diri dan bertanya: “Apakah ana ini seekor ANJING?”

Ahad, 1 Februari 2009

Erdogan Pejuang Turki yang Membela Muslim Palestin

Erdogan Pejuang Turki yang Membela Muslim Palestin
Ketika Pemimpin Arab/ Muslim lain Berdiam Diri...

Dalam keparahan menyaksikan saudara-saudara kita dibunuh di Palestine, hati sentiasa berdoa agar ada mana-mana pemimpin Islam yang bangkit membentak kekejaman ini. Yang banyak hanya mereka yang hanya berani "merayu" rakyat yang papa kedana ini memberikan sumbangan kepada rakyat palastine. Sedangkan "perayu" yang terkenal dengan kehidupan mewahnya dan tak sabar berkuasa, langsung tidak terfikri untuk korbankan harta mereka!

Menyakitkan, memang menyakitkan... bukan kerana sakit melihat, menonton dan membaca kedajalan israel menyembelih anak-anak palaestine, tapi lebih menyakitkan melihat tidak ada pemimpin islam malah arab yang berani bersuara menghentam kekejaman ini sekeras-kerasnya...

Menonton berita "kebangkitan" PM Turki, Erdogan dalam Forum Ekonomi Dunia sangat membakar semangat, walau tidak sepatah pun bahasa Turki yang diucapkan difahami, tetapi ia sangat mengesankan... sangat melegakan. Sekurang-kurangnya masih ada pemimpin Islam yang gagah dan berani seperti Erdogan. Hentamannya terhadap Peres (laknatullah) bukan dilakukan di belakang pentas atau dalam media turki, tetapi dia menghentamnya tepat-tepat di depan muka Peres yang terkulat-kulat mendengar jawapan Erdogan... Pehhh

*Sila lihat aksi hebat Erdogan dalam klip di bawah.

Saya mengikut perkembangan Erdogan bukan hanya hari ini, tetapi sejak gerakannya bersama Erbakan dan Abdullah Gul "mengislamkan" negara turki yang agama rasminya adalah "Sekular." Mendaulatkan Islam di Turki, tidak hairan Erdogan menjadi idola dan hero Muslim Turki yang mahu menjadikan Islam sebagai perlembangan. Sudah tentu perjuanganya tidak mudah.

Sebelum menjadi PM turki pada 2007, partinya pernah beberapa kali ditekan dan diharamkan. Erdogan juga pernah dipenjarakan selama 10 bulan kerana kononnya cuba memecah belahkan masyarakat Turki dengan menggalakkan sistem hidup Islam yang bertentangan dengan perlembagaan sekular peninggalan Kamal Attarturk (laknatulllah).






















Lihat Video Erdogan hentam Peres dalam Forum Ekonomi Dunia (Translated into English)




Dialogue between Erdoğan and Peres

[After a speech of Prime Minister Erdoğan of 15.58 minutes]

Shimon Peres: I have much respect to Mr. Prime Minister [pointing to Erdoğan], but they must put things as they really are. Let me start with democracy first of all. Who was elected by the Palestinians? Not Hamas, but Mr. Abbas. Sixty-two percent of Palestinians voted for him. ... Hamas participate in elections but have a very unique idea about democracy ... You go through the elections, after the elections you can start to shoot, kill and threaten, finish. Democracy is not matter of elections [as he turns to Erdoğan]. It is a civilization ...

...The cease-fire idea in our view is very strange [turning to Erdoğan]. We never started fire. We told the Palestinians time and again [raising his voice], ’Don’t fire, there won’t be fire’ ... They broke it ... You know what it means everyday hundreds of rockets falling at random. A million people have had to take shelter.

Hamas leader Meshaal says, " Israel reacted too strongly," but what do you expect us to do. I do not understand. What would any country do? What would you do [pointing his finger at Erdoğan], if rockets fell on Istanbul every night? ... Gaza is not our enemy. People in Gaza are not our enemy. We are for restoring life in Gaza , but without dictators.

[Ignatius warns Peres about time in 19th minute of his speech]

Our aim is peace not war.

[Peres’ whole speech lasts 21.02 minutes. Applause rises from the audience]

Ignatius: This has been a powerful and passionate debate. It is a debate that can go on tonight for hours but we already passed our closing time...

Erdoğan: [In English] Excuse me.

Ignatius: Mr. Prime Minister [touching his shoulder] I would apologise to Mr. Erdoğan...

Erdoğan: [In English] One minute ... one minute [touching Ignatius’ arm] One minute. No way out [in Turkish, applause rises from the audience]

Ignatius: Only a minute.

Erdoğan: Mr. Peres, you are older than I am. But the volume of your voice is too high. And I know this is because of the guilt psychology. My voice will not be that loud. Know this like that. When it is time to kill, you know how to kill well. I know well how you kill children on beaches, how you shoot them. I remember two former prime ministers in your country who said they felt very happy when they were able to enter Palestine on tanks. And you gave me numbers. I would give out a name too [referring to the prime minister saying he/she felt happy when entering Palestine ], if maybe some of you are wondering. I also condemn those who applaud for this cruelty [referring to the audience’s applause for Peres]. Because applauding those people killing children is a crime against humanity, I believe. We cannot ignore a truth here. I took many notes here...

[Ignatius touches Erdoğan’s shoulder to warn him to end his speech]

Erdoğan: But I do not have the opportunity to answer all these notes. I would say two things.

Ignatius: Mr. Prime Minister we cannot start the debate again.

[Pushing each others’ arm]

Erdoğan: Do not interrupt me.

Ignatius: We really need to let people go to dinner.

Erdoğan: The Old Testament’s sixth amendment says ’Thou shalt not kill.’ There is murder here. Gilad Atzmon says that Israeli barbarism is greater than cruelty. He is a Jew. Besides this, Avi Shlaim, international relations professor at Oxford University, who had served in Israeli army, says in The Guardian...

Ignatius: I want to ask you...

Erdoğan: ... that Israel has earned the name ’bandit state.’

Ignatius: [interrupting Erdoğan’s speech] ... Turn this over to our host ...

Erdoğan: [to Ignatius] Thank you very much, thank you very much. Davos comes to an end for me from now on. I will not come to Davos ever again. Know this in that way. You do not let me speak. You allow [Peres] to speak for 25 minutes, me for 12 minutes. [Erdoğan stands, collects his things and walks off stage]

PM Turki tinggalkan sidang Davos kerana Gaza

DAVOS 30 Jan. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza.

Recep berikrar tidak akan kembali semula menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan perniagaan dunia.

Dalam detik-detik paling dramatik yang jarang dilihat berlaku pada forum Davos, Recep berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan anggota panel lain dengan mendakwa, beliau telah dipaksa memendekkan kenyataannya mengenai perang itu.

'Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini kerana anda tidak membenarkan saya bercakap,' kata Perdana Menteri itu sebelum beredar, meskipun beliau malam tadi menyatakan kesediaan untuk menimbangkan semula keputusannya itu.

Recep mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban.

Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan 'tidak bertamadun.'

'Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh,' katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius.

'Kita tidak boleh memulakan perbahasan semula kerana kita kesuntukan masa,' kata Ignatius kepada Perdana Menteri Turki itu.

Peres sebelum itu mendakwa Israel terpaksa melancarkan serangan ke atas Hamas kerana ribuan roket dan mortar telah dilancarkan ke wilayah Israel.

Sambil meninggi suara dan menuding jari ke arah Recep, beliau berkata, Turki sudah tentu bertindak sama jika roket dilancarkan ke Istanbul.

Ki-moon, Recep, Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa dan Peres duduk dalam satu barisan untuk menyertai perbahasan itu dan kesemua mereka membuat kenyataan panjang lebar mengulas mengenai konflik tersebut. - AFP

Jumaat, 2 Januari 2009

Habiburrahman




“Bagi saya sastera Islam tidak wajar disempitkan kepada karya yang hanya berlatarkan masjid, Makkah atau Madinah serta watak ustaz berpendidikan agama di Asia Barat kerana definisi sempit itu menjadikannya tidak dapat diterima oleh khalayak di luar Islam,” Habiburrahman, Penulis Ayat-Ayat Cinta


Kehadiran Ayar-ayat Cinta bukan pengisi lompang sastera Islam di Indonesia


PENGARANG Ayat-ayat Cinta, Habiburrahman el-Shirazy, menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa novelnya itu pengisi lompong kosong dalam karya sastera Islam Indonesia selepas dunia sastera mereka dilanda dengan gelombang sastera liberal dan sensual.

“Sastera Islam tidak pernah putus sejak zaman Dr Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka) kerana di tengah-tengahnya lahir ramai sasterawan dan pengarang Muslim,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebahagian pemerhati sastera menganggap Ayat-ayat Cinta yang menerima jolokan novel pembangunan jiwa itu menjadi fenomena luar biasa kerana kehadirannya memberi saingan kepada sastera liberal dan sensual.


Kehadiran Saman karya Justina Ayu Utami atau lebih dikenali Ayu Utami selepas kejayaan gerakan reformasi pada 1998 yang membuka ruang kebebasan bersuara sehingga memecahkan pintu taboo dalam dunia karya kreatif Indonesia apabila teks liberal dan sensual merempuh sastera Indonesia.

Beliau yang dinobatkan sebagai pemenang Sayembara Penulisan Roman Dewan Kesenian Jakarta 1998 membolehkan Saman diletakkan dalam kelompok karya sastera berbobot, sehingga semakin ramai pengarang melanggar taboo terutama bersangkutan unsur sensual dan seksual.


Habiburrahman melihat pertentangan antara sastera Islam dengan liberal sudah pertembungan alami kerana manusia yang ingin bebas daripada ketaatan daripada peraturan, sudah wujud sejak kewujudan manusia lagi.

“Bagaimanapun, saya tidak terlalu mengambil berat hal sastera liberal kerana mahu berusaha seperti seorang Muslim dengan menulis karya sastera sebaik-baiknya. Saya menganggap diri sebagai penulis dan bukannya pengkritik, tetapi berharap pengkritik tidak hanya lahir daripada kelompok liberal, bahkan kalangan Muslim yang taat,” ujarnya.

Baginya ramai pengarang Indonesia yang menghasilkan karya sastera Islam termasuk Mochtar Lubis lewat Harimau! Harimau!, novel yang ada nilai sufi, iaitu khauf (takut) dan raja’ (mengharap), tetapi aspek berkenaan kurang diberi perhatian.

“Bagi saya sastera Islam tidak wajar disempitkan kepada karya yang hanya berlatarkan masjid, Makkah atau Madinah serta watak ustaz berpendidikan agama di Asia Barat kerana definisi sempit itu menjadikannya tidak dapat diterima oleh khalayak di luar Islam,” katanya.

Justeru baginya, rujukan pemetaan antara sastera Islam dan liberal yang tidak kabur diperlukan, tetapi ia menjadi suatu masalah kerana mereka yang mengelompokkan sastera tidak memahami aspek terbabit.

Bagaimanapun, beliau mengakui pemetaan jelas, memerlukan proses yang panjang kerana teori dan metodologi kritikan sastera di universiti masih lagi terikat dengan Barat, sekali gus menimbulkan perbezaan antara sastera Islam dengan lokal.

“Padahal Islam ada dalam budaya tempatan dan saya menulis dengan unsur lokal seperti Solo dan Desawangi serta segala budayanya. Tidak wajar kita membuat kesimpulan sastera Islam tidak ada kaitan dengan warna tempatan.

“Islam ada kaedah fiqh, iaitu adat yang boleh dijadikan sumber hukum sekiranya bersesuaian dengan syariat. Apabila Islam hadir di sesuatu tempat, unsur lokal tidak semestinya perlu dihilangkan sama sekali,” katanya.

Baginya tanggapan novel tidak layak dimartabatkan sebagai karya sastera tidak penting, sebaliknya nilai sastera dan estetika yang ada pada sesebuah karya sewajarnya diserahkan kepada masyarakat atau sarjana sastera untuk mengesahkannya.

“Bagaimanapun, terbukti pada sidang Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) di Jakarta pada April lalu, novel saya mendapat penghargaan peringkat Nusantara. Saya lihat ini sebagai pengakuan daripada khalayak sastera, tetapi kelompok antisastera Islam, menuduh novel saya karya munafik atau najis,” katanya.

Meskipun mendapat dokongan kuat daripada Forum Lingkar Pena (FLP) yang menumpukan penghasilan dan penerbitan karya bernafas Islam, beliau tidak beranggapan novelnya menjadi laris semata-mata dengan sokongan ahlinya dalam bentuk pembelian buku.

“Pihak yang wajar untuk menjawabnya ialah kedai buku di Indonesia, tetapi pendaftaran terkini keanggotaan FLP mencatatkan jumlah kira-kira 7,000 ahli, sedangkan mengikut akhbar Republika, Ayat-ayat Cinta terjual lebih sejuta naskhah tanpa mengira buku cetak rompak,” katanya.



Rabu, 31 Disember 2008

Harapan Baru untuk Wanita Mandul


Seorang wanita yang mandul telah melahirkan anak pertama hasil dari proses transplantasi atau pemindahan ovari sepenuhnya. Ketika usianya 15 tahun , beliau telah mengalami kegagalan ovari pra matang hingga menyebabkan beliau tidak mempunyai peluang untuk hamil. Selepas menjalani pemindahan ovari yang diperolehi dari pasangan kembarnya, ovari yang telah dipindahkan tersebut boleh berfungsi dan beliau berjaya menjalani rawatan kemandulan sehingga hamil dan melahirkan anak. Ini merupakan satu pencapaian yang menakjubkan kerana beratus ribu wanita mandul yang mempunyai masalah yang sama termasuk mereka2 yang menjalani rawatan kemoterapi dan rawatan radioterapi untuk penyakit kanser akan mempunya peluang yang lebih cerah untuk mendapat zuriat.