Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Sabtu, 26 Julai 2008

Majalah SOLUSI

KINI DI PASARAN!!!

Setelah acap kali diasak dengan pelbagai pertanyaan mengenai bilakan majalah SOLUSI akan diterbitkan, pihak Telaga Biru akhirnya mengumumkan bahawa majalah telah pun siap dicetak dan akan mula diedarkan pada awan bulan Ogos ini (minggu depan)
Menurut Telaga Biru, cetakan pertama isu perdana majalah ini adalah sangat terhad iaitu sebanyak 10,000 salinan sahaja. Setiap sebuah majalah ini berharga RM9.00 dan mempinyai 108 muka surat.

Menariknya majalah ini, ia bakal menampilkan penulis serta pakar motivasi terkenal negara sebagai kolumnisnya seperti Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (http://www.zaharuddin.net/), Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi, Ustaz Hasrizal (http://www.saifulislam.com/), Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet) dan ramai lagi.

Konsepnya juga agak unik dengan menekankan aspek fardu ain dan motivasi. Kaedah penyampaiannya dijangka dapat menarik perhatian ramai berikutan isi kandungannya yang bersifat kontemporari di samping grafiknya yang ringkas tetapi menarik.

Suka ana maklumkan kepada rakan-rakan, salah seorang kolumnis majalah ini adalah ROHIDZIR RAIS. Untuk keluaran perdana ini ana sumbangkan tiga artikel dalam kolum berbeza:

Maqasid Syari - Hentikan Jeritan Anak Itu - Pedofilia dan Aurat Kanak-kanak.
Kiasan - Pemimpin Labah-labah
Fizikr- Atlas of Creation Mengancap Eropah.

Semoga majalah baru ini dapat dimanfaatkan bersama. Kepada rakan-rakan, harap dapat membaca majalah ini dan jangan segan-segan berikan komentar anda, mudah-mudahan majalah ini menjadi wadah terbaik untuk membimbing manusia ke jalan Allah, sesuai dengan motonya...

SOLUSI : PANDUAN HIDUP BERSYARIAT

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

di mana boleh saya dapatkan majalah solusi? tempat saya di bangi & serdang, selangor

Rohidzir Rais berkata...

Salam anda boleh hubungan saleaman yang bertugas di kawasan tersebut iaiatu en. Taufiq ً012 2760160

Atau kalau nak saya kirimka pun boleh tapi kena cas pos..

فاطمة الزهراء berkata...

Kalau di Penang?

فاطمة الزهراء berkata...

Salam..kalau boleh saya nak sekali yg keluaran mula..Macam mana ye pembayarannya? dan di mana or dr siapa ye saya boleh peroleh?