Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Sabtu, 26 Julai 2008

Majalah SOLUSI

KINI DI PASARAN!!!

Setelah acap kali diasak dengan pelbagai pertanyaan mengenai bilakan majalah SOLUSI akan diterbitkan, pihak Telaga Biru akhirnya mengumumkan bahawa majalah telah pun siap dicetak dan akan mula diedarkan pada awan bulan Ogos ini (minggu depan)
Menurut Telaga Biru, cetakan pertama isu perdana majalah ini adalah sangat terhad iaitu sebanyak 10,000 salinan sahaja. Setiap sebuah majalah ini berharga RM9.00 dan mempinyai 108 muka surat.

Menariknya majalah ini, ia bakal menampilkan penulis serta pakar motivasi terkenal negara sebagai kolumnisnya seperti Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (http://www.zaharuddin.net/), Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi, Ustaz Hasrizal (http://www.saifulislam.com/), Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet) dan ramai lagi.

Konsepnya juga agak unik dengan menekankan aspek fardu ain dan motivasi. Kaedah penyampaiannya dijangka dapat menarik perhatian ramai berikutan isi kandungannya yang bersifat kontemporari di samping grafiknya yang ringkas tetapi menarik.

Suka ana maklumkan kepada rakan-rakan, salah seorang kolumnis majalah ini adalah ROHIDZIR RAIS. Untuk keluaran perdana ini ana sumbangkan tiga artikel dalam kolum berbeza:

Maqasid Syari - Hentikan Jeritan Anak Itu - Pedofilia dan Aurat Kanak-kanak.
Kiasan - Pemimpin Labah-labah
Fizikr- Atlas of Creation Mengancap Eropah.

Semoga majalah baru ini dapat dimanfaatkan bersama. Kepada rakan-rakan, harap dapat membaca majalah ini dan jangan segan-segan berikan komentar anda, mudah-mudahan majalah ini menjadi wadah terbaik untuk membimbing manusia ke jalan Allah, sesuai dengan motonya...

SOLUSI : PANDUAN HIDUP BERSYARIAT

Selasa, 22 Julai 2008

Syair Perindu Ilmu

Ilmu Oh Ilmu

الناس من جهة الآباء أكفاء

Manusia itu hanya ditentukan oleh bapa-bapa mereka,

أبوهم آدم والأم حواء

Bapa mereka Adam dan Ibunya Hawa

فإن يكن لهم من أصلهم شرف

Seandainya asal usul itu satu kemuliaan,

يفاخرون به فالطين والماء

Dan mereka berbangga dengannya, sedangkan asal mereka hanyalah tanah dan air (mani),

ما الفضل إلا لأهل العلم إنهمُ

Tidak ada kelebihan melainkan untuk orang berilmu,

على الهدى لمن استهدى أدلاء

Kerana mereka membimbing siapa yang perlukan petunjuk,

ففز بعلـم تعش حيًّا به أبداً

Cemerlanglah kamu dengan ilmu, dan hiduplah kamu selama-lamanya,

الناس موتى وأهل العلم أحياء

Manusia pasti mati, tapi orang berilmu sentiasa hidup,

ومقدار كل امرئ ما كان يحسنه

Ukuran setiap orang itu berdasarkan kebaikannya,

والجاهلون لأهل العلم أعداء

Orang bodoh sentiasa memusuhi orang berilmu.

Sabtu, 19 Julai 2008

Ulasan Buku: Remeh Temeh Tentang Solat 2


Ulasan Buku: Solat tonggak dalam Islam


SABDA Rasulullah s.a.w bermaksud: “Asas segala amalan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunan Ibni Majah pada bab Iman: Mengenai Keutamaan Solat)

Demikian besarnya kepentingan solat dalam Islam sehingga Rasulullah s.a.w menggambarkan ia sebagai tonggak utama agama dan sesiapa yang mengerjakannya bererti dia mem perteguhkan agama.

Al-Mubarakfuri dalam bukunya Tuhfatul-Ahwazi yang menjelaskan mengenai solat sebagai tiang agama, menyatakan Islam tanpa tiangnya sudah tentu menjadikan agama terbabit tidak kuat dan mudah runtuh seperti rumah tidak bertiang.

Justeru, melaksanakan kewajipan solat fardu diibaratkan membina tiang untuk memperkukuhkan agama. Orang Islam yang mengabaikan tuntutan solat tidak mungkin dapat meningkatkan keimanannya untuk mematuhi arahan dan menjauhi larangan Allah.

Ini bererti, jika seseorang meninggalkan solat, samalah seperti dia menghancurkan agama yang dianutinya sendiri. Biar berpuluh kali menunaikan haji atau beratus tahun berpuasa, malah berbilion wang dibelanjakan untuk zakat dan sedekah, semua ini tidak akan memberi erti tanpa sebatang tiang seri bernama solat.

Fenomena segelintir masyarakat Islam Malaysia hari ini yang meremehkan kewajipan solat amat menggusarkan.

Mereka ibarat dijangkiti virus mengabaikan solat yang kian parah dan boleh merosakkan sistem kehidupan secara ke seluruhannya.

Bahana daripada sikap materialistik dan lalai akhirat ini melanda individu Muslim, institusi keluarga, masyarakat malah negara keseluruhannya.

Apa tidaknya, jika program e-solat yang sepatutnya di gunakan untuk memerangi virus 'kemungkaran.exe' dan 'kefasikan.exe' sudah tamat tempoh dan tidak diperbaharui, tentu saja pelbagai jenis virus akan menyerang dengan mudah.

Menyedari pentingnya solat sebagai asas pertahanan akidah dan pembentukan akhlak masyarakat, Telaga Biru Sdn Bhd mengambil inisiatif menerbitkan buku Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya…(2).

Buku terbabit ditulis lepasan Universiti al-Azhar, Rohidzir Rais yang berpengalaman dalam selok-belok agama dan menghasilkan lebih 30 buku dalam pelbagai bidang.

Ia berbentuk soal jawab, lengkap dengan perbahasan ter perinci, daripada perbahasan air, najis dan cara menyucinya, sehingga perbahasan mengenai azan, iqamah serta solat, sekali gus memberikan kelainan kepada pembaca.

Ketelitian kajian penulis terhadap subjek solat ini dapat dilihat apabila setiap rukun solat dibahaskan dengan ter perinci dalam bab berasingan yang memberikan ruang seluas-luasnya kepada pembaca untuk menghalusi setiap rukun.

Penulis berpendapat kegagalan masyarakat memahami ilmu fiqah mungkin berpunca daripada penyusunan subjek ter babit yang beku dan penggunaan istilah klasik yang sukar difahami.

Justeru, penulis berusaha 'mencairkan' dan 'meringankan' subjek yang sangat berat ini dengan penggunaan istilah baru serta mudah difahami.

Pembaca tidak akan menemui huraian terlalu ilmiah dalam buku itu seperti sebuah karya ilmiah doktor falsafah (PhD) atau terlalu bersikap teori seperti sesetengah buku teks sekolah menengah.

Satu kelainan dan kelebihan buku terbabit dibandingkan dengan buku soal jawab lain ialah kemampuan penulisnya mencetus fenomena realistik untuk setiap persoalan, yang membantu pembaca memahami permasalahan dikemukakan dengan berkesan.

Persoalan yang ditimbulkan juga berbentuk kontemporari dan kerap dihadapi sesiapa saja. Selain itu pujian harus diberikan kepada penulis kerana setiap jawapan yang di berikan padat dan berasas, berdasarkan rujukan kitab muk tabar, matan hadis yang berbaris penuh dan takhrij yang lengkap.

Tajuk: Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya (2)

Pengarang: Rohidzir Rais

Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd (www.telagabiru.net.my)

Harga: RM19.90 (Semenanjung), RM21.90 (Sabah & Sa rawak)

Pos: RM4.00

Beli di Sini


Ahad, 13 Julai 2008

Bila Hidayah Menerjah

Nama Saya Sekarang...
MUHAMMAD LEO TOYAD

"Saya sekarang Muhammad Leo Toyad…saya rasa ada kedamaian dalam Islam…" itulah jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika ditanya bagaimana beliau tertarik memeluk agama Islam.

Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam bukannya perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang ingin bersama Islam sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun.

Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama sehinggalah pada tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil keputusan untuk di'Islam'kan oleh Iman Besar Negeri Sarawak.

Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai Dr. Leo agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu peribadi, namun akhirnya menjawab juga beberapa soalan.

Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri dan empat orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun.

"Mereka tidak bersama saya…" jawab kepada Agendadaily semasa berbual dengannya di bangunan Parlimen ketika ditanya samada isteri dan anak-anaknya ikut sertai Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan Islam kerana ramai dikalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam.

Sebagai seorang baru dan tidak tahu tentang Islam, Dr. Leo kini sedang mendalami pengajian Al-Quran dan hukum hakam Islam melalui seorang ustaz.

"Saya juga seperti biasa menunaikan solat di masjid dan surau serta mengikuti pengajian di majlis ilmu yang adakan di masjid-masjid," katanya.

Disamping itu, Dr. Leo juga membaca buku-buku mengenai Islam, membaca sebutan ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan turut menggunakan tape dan CD.

Dr. Leo dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 11 April 1950, mendapat pendidikan awal di SRB St. Patrick Mukah pada tahun 1957 kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah di SMB St. Patrick Mukah pada tahun 1963, SMK Three Rivers Mukah pada 1968 dan SMK Tanjong Lobang Miri pada 1969.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri pada tahun 1976.

Pada tahun 1977 Dr. Leo telah memulakan tugas sebagai Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan sekali lagi kembali ke UM kemudiannya berjaya menerima Ijazah Sarjana Kesihatan Awam pada tahun 1981.

Bergiat aktif dalam politik setelah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah pada tahun1980.

Kini sebagai Ketua PBB Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah, Ketua Bahagian Limbang dan Naib Presiden PBB Pusat.

Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial. Beliau kini adalah Pengerusi Saberkas Sarawak sejak 1998, Penaung dan ahli seumur hidup Persatuan Melanau Miri sejak tahun 1989, Presiden Persekutuan Melanau Sarawak semenjak tahun 2004 dan Penasihat Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah sejak tahun 1998.

Pada tahun1982, Dr. Leo telah meninggalkan tugasnya di Jabatan Kesihatan Sarawak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di kerusi Parlimen Mukah dan memenangi kerusi tersebut buat kali pertamanya.

Dr. Leo juga terus berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen kawasan Mukah untuk tahun-tahun pilihan raya 1986, 1990, 1995, 2004 dan 2008.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menterinya.

bola dan tudung...

KEHEBATAN PEMAIN BOLA BERTUDUNG DENMARK

Zainab al-Khatib, muslimah Denmark ini, adalah satu-satunya pemain bolasepak kebangsaan perempuan bertudung ketika ini. Kehadirannya seperti janggal di tengah-tengah suasana pelecehan terhadap Rasulullah Saw oleh sejumlah media masa Denmark. Zainab baru-baru ini terpilih untuk memperkuat pasukan kebangsaan Denmark sebagai kebelasan utama bolasepak perempuan Denmark, setelah Danish Football Association (DBU) membenarkan Zainab memakai tudung semasa bermain bola. Sebenarnya kebenaran itu tidak hanya boleh dilakukan di Denmark, tapi juga untuk seluruh dunia, jika Zainab terpaksa bermain di luar negara Denmark.

Zainab mempunyai kemahiran menguasai bola dan mencetak gol-gol yang mengagumkan. Tak hairanlah kalau gadis bertudung itu kini menjadi perhatian utama para peminat bola di Denmark. "Saya sangat gembira saya boleh menjadi teladan di Denmark, " kata Zainab yang memulakan karir bolasepaknya tiga tahun yang lalu.


Ia berhasil mencetak gol dan membawa kemenangan gemilang bagi skuadnya semasa pertemuan dengan Swedan tidak lama dulu. "Zainab memiliki kepribadian yang kuat, sikapnya selalu positif dan memberikan inspirasi baik di dalam maupun diluar padang, " kata pelatih Zainab, Troel Mansa.


"Dia adalah salah satu pemain terbaik saya. Saya suka menjadi pelatihnya, " puji Mansa.


Zainab yang masih berusia 15 tahun itu, kini menempatkan dirinya diposisi sebagai penyerang dalam teamnya. Ia baru mengenakan jilbab setahun yang lalu. Ibulah yang membantu Zainab mereka tudung yang sesuai dipakai untuk bermain bola.


"Dia memang seorang Muslim yang taat, dan kami layak membantunya untuk mencapai impiannya dalam bidang sukan. Saya bangga, Zainab boleh membuktikan bahwa mengenakan tudung bukan bererti ia kehilangan haknya untuk berjaya dalam bidang sukan, " kata Ibrahim al-Khatib, ayah Zainab.


Pelatih Zainab, Manas juga mengatakan bahwa tudung Zainab tidak pernah menjadi bebanan atau masalah utama. "Kami hanya minat pada bakat dan kepribadiannya. Saya tidak pernah mendengar ada pemain atau pelatih yang merunggut tentang masalah tudungnya, " kata Manas lagi.


Zainab mengakui bahwa kawan-kawan satu teamnya sangat memberikan sokongan padanya. "Mereka menerima saya, dan saya tidak mengalami pemulauan apapun. Semasa team kami melawan team Swedian, beberapa pemain tercengang melihat tudung saya, tapi tak satupun yang menyatakan bantahan, " kata Zainab.


Zainab menganggap masalah tudung seharusnya tidak perlu ditonjolkan."Saya merasa selesa, boleh memenuhi kewajiban agama dan hobi saya, " sambungnya.


Menurutnya, ia ingin menunjukkan bahwa warga Muslim Denmark ingin bergaul dengan seluruh lapisan masyarakat. "Saya melihat diri saya sendiri sebagai seorang Muslim Denmark yang secara efektif memberikan sumbangan kepada masyarakat dan bangga kerana boleh menjadi wakil negara ini di luar negera, " ujur gadis keturunan Palestin yang juga aktif dalam pertubuhan sosial Islam di kotanya, Odense dan bercita-cita jadi doktor.


Ulasan sampingan:
Zainab bertuah kerana dibenarkan memakai tudung di dalam bidang sukan yang digemarinya. Tetapi beberapa muslimah bertudung tidak bernasib baik seperti Zainab. Antaranya, pada Mac 2007, International Football Association Board (IFAB) menyatakan tudung dilarang dalam permainan bola, setelah seorang muslimah bertudung Kanada dikeluarkan dari team bolanya. Kemudian, pada Januari 2008, seorang muslimah menengah di AS yang juga atlet lumba lari, dikeluarkan dari pasukannya juga karana memakai tudung. Pada November 2007, seorang anak perempuan berusia 11 tahun, dilarang menyertai pertandingan sukan kebangsaan Yudo di Kanada, karana ia mengenakan tudung.


Semoga Zainab al-Khatib dapat membuktikan kepada dunia, tudung bukan penghalang kemajuan dan kejayaan di dunia...


Lihat
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&pagename=Zone-English-News/NWELayout&cid=1212925458987

Isnin, 7 Julai 2008

BILA MAUT MENGHAMPIRI

JOM MATI!



Kematian atau maut adalah persoalan yang dibahaskan sejak sama dahulu lagi, sama ada dari sudut falsafah atau pun kepercayaan khurafat, atau perubatan. Islam mengajar penganutnya agar beriman dengan kematian dan bersedia untuk menghadapinya. Kerana kematian itu adalah sesuatu yang pasti berlaku, sebagaimana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: "Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia TIDAK berupaya menunda mahu pun mempercepatkan, walau sesaat pun." (Surah al-A'raf : 34)


Keberkesanan konsep kematian yang disuburkan di dalam sanubari orang beriman dapat dilihat pada reaksi mereka ketika berhadapan dengan kematian sanak saudara, sahabat handai, orang yang disayangi atau menanti saat kematian diri sendiri. Orang yang beriman lebih tenang dalam situasi begini, hasil manifestasi daripada sifat redha mereka terhadap apa jua ketetapan Allah.
Ini berlainan sekali dengan tingkah laku orang yang tidak beriman. Apabila maut datang kepada mereka atau orang di sekeliling, mereka memberontak, meraung, menyalahkan takdir, tertekan, menanggung kekecewaan yang melampau dan malah melakukan tindakan keterlaluan seperti membunuh diri dan sebagainya. Kerana terlalu takutkan kematian mereka berusaha melarikan diri daripadanya tanpa menyedari bahawa perbuatan mereka itu sia-sia. Allah sendiri menjelaskan perkara ini seperti berikut:

Maksudnya: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah al-Nisa 4 : 78)

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)." (Surah al-Jumu'ah 62 : 8)
Apabila di neraka, perkara sebaliknya berlaku. Kerana seksaan yang maha dahsyat, orang kafir yang dahulunya takutkan kematian mengharapkan pula kematian untuk melepaskan diri daripada azab ini. Tetapi malangnya tiada lagi kematian di neraka. Senario ini diungkapkan dalam firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: "Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat." (Surah Ibrahim 14 : 17)
Bagi orang beriman kematian itu adalah rahmat dan pasport untuk bertemu dengan Allah s.w.t. dan meraih ganjaran syurga yang sekian lama didambakan. Sebaliknya, orang kafir meratapinya dan berharap untuk dipanjangkan umar atau dikembalikan ke dunia demi menebus segala kesalahan mereka. Allah s.w.t. menceritakan tingkah laku mereka seperti berikut:

Maksudnya: "Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)." (Surah al-Mukminun 23 : 99)

Maksudnya: "Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi kalangan orang yang soleh." (Surah al-Munafiqun 63 : 10)