oleh Ustaz Abdul Rahman Muhamed
Buku ini menerangkan fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam Islam. Dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah masyarakat yang ada jalan penyelesaiannya dengan melaksanakan solat-solat sunat tertentu. Masalah anda juga mungkin disorot dalam buku ini.Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar bagaimana melaksanakan solat sunat tertentu supaya lebih mudah difahami dan praktikal.
Buku Solat Sunat Masa Kini merupakan sebuah buku yang sangat unik dan berbeza dari buku-buku panduan solat lain yang terdapat di pasaran.Buku ini secara terperinci memberitahu pembaca kelebihan-kelebihan atau hikmah yang terdapat dalam setiap solat sunat, yang jarang diketahui ramai. Sebagai contoh, tidak ramai yang megetahui bahawa solat sunat Dhuha boleh mengubati penyakit sendi dan Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang mengamalnya.
Di samping itu, setiap masalah solat sunat yang diutarakan dalam buku ini juga mempunyai hadith, cerita serta gambar panduan. Ini memudahkan para pembaca untuk lebih memahami kandungan buku ini dengan lebih menyeluruh.Buku ini sangat sesuai dibaca sesiapa sahaja terutama mereka yang ingin mencari panduan dalam bersolat sunat ataupun boleh menjadi modul untuk kuliah-kuliah Feqah.
Semenanjung M’sia: RM29.90 + RM3.00 = RM32.90
Sabah & S’wak: RM31.90 + RM3.00 = RM34.90
Size: 14cm X 21 cm (Hardcover + 4 Colors)
PENGHANTARAN TERUS KE RUMAH ANDA
Klik Untuk Kaedah Bayaran
Klik Untuk Melihat Buku-buku Lain
0 comments:
Catat Ulasan