Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Khamis, 10 Disember 2009

Terapi Ruqyah Laris...


Semakan terkini dengan bahagian sale menunjukkan buku ini telah terjual lebih 5000 unit dalam masa 3-4 bulan ia diterbitkan. Alhamdulillah...

Menariknya mengenai buku ini ialah, saya hanya mengambil masa seminggu untuk menyusun, menulis dan sekali gus menyusun letak (layout) buku ini. Memang ketika mengerjakannya, langsung tidak terlintas yang ia akan terjual sebanyak itu dalam masa yang singkat. Yang ada di fikiran saya hanya:
- Walau pun buku ini kecil dan harganya pun murah, kandungannya mesti 'mahal' dan mantap.
- Persembahan buku ini mesti lebih menarik daripada buku lain dengan topik perbahasan yang sama.
- Kena siapkan cepat-sepat kalau tak Tuan Imran marah :)

Pengajarannya,
-penulis boleh mengerahkan seluruh fikrahnya untuk mendapatkan kandungan buku yang baik;
- artis boleh menggunakan segala kepakaran dan kecanggihan gajetnya untuk menghasilkan layout dan cover yang canggih dan menarik;
- Saleman dan PR pasti menggunakan semua peluang untuk mempromosikan buku ini melalui pelbagai media;

Tetapi hanya ALLAH yang MAMPU menggerakkan hati PELANGGAN untuk membeli buku ini..
Hanya DIA jugalah yang BERKUASA menjadikan buku ini BERMANFAAT kepada pembaca...

Pesanan saya kepada diri saya, rakan-rakan penulis dan bakal penulis:

- Tulis dengan ikhlas;
- Lakukan perubahan pada karya anda, jangan tiru karya lain;
- Jangan curi karya orang lain untuk cepat siapkan penulisan;
- Jangan sesekali benarkan NAMA anda digunakan pada buku yang bukan anda penulisnya (ghost writer)
- Jangan lacurkan bidang penulisan, terutama buku agama, untuk sedikit imbuhan.


p/s: Beberapa orang pembaca menghubungi penulis untuk mengadu masalah mereka yang berkaitan dengan ganggun ghaib.