Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Isnin, 13 Julai 2009

Nik Nur Madihah (Permata Generasi Rabbani)


RAHSIA 20A KINI DI TANGAN ANDA!!!

  • TAJUK: Nik Nur Madihah (Permata Generasi Rabbani)
  • NAMA PENULIS: Ummu Sakinah Muhammad
  • HARGA: RM24.00 ( RM26.00 (Sabah Sarawak) + RM4 (Pos Ekpress)
  • KANDUNGAN: Bergambar dan berwarna
  • MUKASURAT: 130 m.s


Sebuah buku yang membongkar rahsia seorang remaja yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008 baru-baru ini. Apakah hanya ketekunan sahaja yang beliau amalkan demi mencapai sebuah kejayaan untuk membalas jasa kedua orang tuanya?

Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman bersama Nik Nur Madihah yang tidak hanya menjadikan ketekunan sebagai alat beliau memperolehi 20A tetapi juga menjadikan ibadah dan amalan-amalan sunat sebagai rutin yang menampung kekutan hati beliau dalam menhadapi kehidupan dan pelajaran.

Buku yang ditulis oleh penulis muda, Ummu Sakinah Muhammad, akan membuka mata para pembaca dan memberi inspirasi kepada para pelajar yang akan menempuhi ujian.

Turut menghadirkan kata sisipan dari perunding motivasi, Haji Muhammad Zakaria, yang sebelumnya telah menulis buku pelajar cemerlang Nur Amalina Che Bakri.

Jumaat, 10 Julai 2009

Ulasan UTUSAN 10 Julai 2009

Rohidzir Rais bersama buku terbarunya dengan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Kamus Bergambar Pintar Soleh tampil berbeza

BAHASA mencerminkan ketinggian suatu bangsa. Apabila bahasa sendiri diperlekehkan, tempiasnya juga terkena pada kemuliaan bangsa.

Bahasa-bahasa dunia seperti bahasa Inggeris, Perancis, Mandarin, Sepanyol dan Arab, memberikan ruang yang tidak terbatas, sama ada untuk mengukuhkan hubungan dua hala, urusan ekonomi, bertukar-tukar kepakaran dan kemahiran, serta meredakan krisis antara negara.

Malah penguasaan lebih daripada satu bahasa juga meningkatkan nilai seorang individu, sama ada dia adalah seorang pelajar, pekerja mahupun pemimpin.

Bahasa Arab adalah bahasa kelima paling meluas penggunaannya di dunia selepas bahasa Inggeris. Menurut kajian Encyclopedia Encarta, dianggarkan kira-kira 422,000,000 orang penduduk bumi di 42 buah negara, bertutur dalam bahasa Arab.

Ini bererti bahan-bahan bacaan dalam bahasa ini juga banyak, sama ada dalam bentuk bercetak seperti buku, majalah, akhbar dan jurnal. Lebih-lebih lagi material dalam bentuk elektronik seperti radio dan televisyen dan media baru seperti Internet.

Ini secara tidak langsung membuka ruang sepenuhnya kepada mereka yang menguasai bahasa Arab untuk meneroka pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat yang tidak terbatas.

Terkini dari Telaga Biru Sdn. Bhd, Kamus Bergambar Pintar Soleh. Ia sebuah kamus bergambar yang dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi yang warna-warni.

Ia menggabungkan Bahasa Arab, Bahasa Melayu (jawi), Bahasa Melayu (rumi) dan Bahasa Inggeris. Walaupun terdapat banyak kamus bergambar lain di pasaran tetapi Kamus Bergambar Pintar Soleh membawa pendekatan berbeza dan lebih menyeluruh.

Keunikan kamus ini ialah ia dimuatkan dengan doa, zikir dan selawat pada hampir setiap muka suratnya. Ini memberikan nilai tambah yang tinggi, kerana di samping menghafaz perkataan, pembaca juga boleh menghafaz doa, selawat dan zikir ini.

Manakala kamus ini juga menyediakan setiap kata nama Arabnya disertakan dengan perkataan jamak. Mencari jamak bagai setiap perkataan mufrad dalam bahasa Arab adalah sesuatu yang sangat sukar. Justeru pujian harus diberikan kepada penyusun kamus ini iaitu Rohidzir Rais.

Bagi memudahkan pelajar, perkataan-perkataan dalam kamus ini pula disusun mengikut suasana dan tempat tertentu, seperti di sekolah, restoran, masjid, kampung, taman bunga, pasar dan lain-lain.

Kamus ini menyediakan 17 tema utama di samping sub tema yang relevan dengan penggunaan harian. Ia juga sangat sesuai untuk para pelancong yang hendak ke negara-negara Arab seperti jemaah haji dan umrah atau pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sana.

Selain perkataan kata nama, kamus ini juga memuatkan 150 kata kerja yang sering digunakan seharian dengan contoh ayat yang standard sebagai panduan kepada pelajar.

Pecahan kata kerja masa kini, masa silam dan masa hadapan disenaraikan dengan lengkap, juga berserta contoh ayat. Paling menarik dalam bab ini ialah penggunaan tapak tangan sebagai medium mudah menghafaz semua pecahan ini.

Kamus ini menyediakan senarai 163 negara dunia berserta bendera, 14 negeri di Malaysia berserta peta, bendera dan jata, 20 institusi pengajian tinggi tempatan berserta logo, dan senarai 27 Kementerian Malaysia berserta logo. Senarai nama-nama khas ini jarang terdapat di dalam kamus-kamus lain dan menyukarkan pencarian pelajar.

Kesimpulannya, Kamus Bergambar Pintar Soleh ini adalah hasil cemerlang dalam bidang perkamusan negara.

Untuk maklumat lanjut layari www.al-zuhaily.blogspot.com atau menghubungi 019-5452750.