Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Rabu, 24 Jun 2009

SOLUSI isu 9

Sukar dapat di kedai?? Oder di sini... Rohidzir Rais 019-5452750

Jumaat, 19 Jun 2009

Ayat al-Quran yang Memulihkan Hati Umar kepada Islam

طه ﴿١﴾
(1) Taa Haa.
مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ ﴿٢﴾
(2) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ ﴿٣﴾
(3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah
تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى ﴿٤﴾
(4) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
الرَّحْمَـٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ ﴿٥﴾
(5) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَىٰ ﴿٦﴾
(6) Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
رَّ

Khamis, 11 Jun 2009

Sedikit Penawar Buat Hati yang Luka...

Coobaaaaaaan.....!!!

Jika terasa sedih dengan tragedi menimpa...

Anda tertekan dengan masalah yang menghimpit...

Terasa ingin menangis mengenangkan kesusahan yang tak kunjung padam...

Hati asyik bertanya: “Mengapa AKUuuuuu...!!!”

Ini jawapannya...

Ujian untuk Kebaikan

“Sesiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya Allah akan memberinya cubaan.’” (Riwayat al-Bukhari)

“Tiada sesuatu pun yang menimpa diri seorang mukmin, sama ada berupa keletihan, rasa sakit, kecemasan, kesedihan, gangguan, mahupun kesusahan, bahkan sampai tertusuk duri sekalipun, melainkan Allah akan menghapus dosanya berkat musibah yang menimpanya itu.” (Riwayat Muslim)

Musibah Berganti Nikmat

“Sesungguhnya Allah SWT berfirman yang bermaksud: ‘Jika Aku memberikan ujian kepada seorang hamba-Ku dengan menghilangkan kedua penglihatannya, lalu dia bersabar, maka kelak Aku akan menggantinya dengan syurga.’”

“Allah taala berfirman yang bermaksud: ‘Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang mukmin yang Aku matikan buah hatinya daripada penduduk dunia lalu dia bersabar, selain syurga.’”

Nilai Seorang Mukmin adalah SABAR

“Sesungguhnya menakjubkan urusan orang Mukmin itu, kerana semua urusannya bernilai baik baginya dan hal yang seperti ini tidak akan terjadi, melainkan pada diri orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, lalu bersyukur, maka hal itu lebih baik baginya; dan jika dia mendapat kesusahan, lalu bersabarlah, maka hal itu juga lebih baik baginya.’”

Rabu, 10 Jun 2009

Siri Peringatan buat Diriku yang Lupa... (2)

Apa Nilai Dosa Di Mata Kita...??


‏ ‏إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ

Orang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti seorang yang duduk di bawah gunung yang dikhuatiri akan runtuh menghempapnya. Sedangkan ‘kaki maksiat’ melihat dosa-dosa yang mereka lakukan hanya seperti lalat-lalat yang menghurung hidungnya!” (Riwayat al-Bukhari)

Selasa, 9 Jun 2009

Siri Peringatan buat Diriku yang Lupa...


"Allah hanya menyayangi hamba-Nya yang memiliki
KASIH SAYANG..."

Rasulullah SAW pernah dibawakan kepada Baginda salah seorang cucu Baginda yang sedang menghadapi sakaratul maut. Kedua mata Baginda pun lalu mencucurkan air mata. Melihatkan keadaan itu, Saad berkata: “Mengapa engkau menangis, ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Ini merupakan bukti kasih sayang yang Allah berikan ke dalam hati para hamba-Nya. Sesungguhnya, Allah hanya akan menyayangi para hamba-Nya yang memiliki kasih sayang.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rabu, 3 Jun 2009

Ingat MATI...!