Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Sabtu, 10 Mei 2008

Merungkai kekeliruan seks secara menyeluruh

Ulasan Buku Berita Harian

Iqra: Merungkai kekeliruan seks secara menyeluruh

oleh Hasliza Hassan


MENJADIKAN seks sebagai bahan jenaka sudah sebahagian daripada budaya masyarakat tetapi untuk membicarakan permasalahan mengenai seks, ramai yang tidak bersedia malah dianggap sebagai tidak sopan untuk berbincang mengenainya secara terbuka.

Disebabkan itu, ada berpendapat sifat tidak terbuka masyarakat berbicara mengenai seks menyebabkan penularan gejala sosial di kalangan remaja serta masalah dalam perhubungan suami isteri.

Kekeliruan mengenai hubungan intim lelaki dan perempuan yang tidak pernah dibicarakan atau takut ditanya anak remaja kerana bimbang dimarahi menyebabkan mereka mencari jawapan sendiri melalui perlakuan tidak sepatutnya.

Akibatnya, timbul berita tidak sedap didengar apabila remaja terjebak dalam perhubungan bebas hingga melahirkan anak luar nikah. Lebih menyedihkan, jika anak yang lahir tanpa pengetahuan ibu bapa itu ditinggalkan atau dibuang begitu saja.

Sebagai mengisi kekosongan, buku Remeh-temeh tentang seks tapi anda malu bertanya dihasilkan untuk memberi penjelasan mengenai seks kepada mereka yang ingin mengetahuinya tetapi malu bertanya atau tidak ada tempat bertanya.

Persoalan berkaitan seks seperti mimpi, mandi junub, malam pertama, jimak, seks dan poligami, seks dan puasa, seks dan anak dirungkai dengan kaedah mudah difahami melalui soalan dan jawapan supaya perkara sulit dapat dijelaskan secara santai, ringkas tetapi menyeluruh.

Buku ini juga membentuk keadaan sebenar mungkin sedang dan pernah dilalui pembaca dengan diselitkan unsur nasihat, kaunseling serta motivasi kepada pembaca dengan harapan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah membelenggu.

Selain itu, buku ini turut mengemukakan hukum, fatwa dan pandangan ulama besar berdasarkan kepada rujukan diyakini. Pembaca dan ahli akademik boleh merujuk kepada nota rujukan disediakan pada setiap jawapan.

Remeh-temeh tentang seks tapi anda malu bertanya juga membicarakan hal perundangan seperti tuntutan fasakh berpunca daripada masalah hubungan kelamin serta sumpah membabitkan hubungan antara suami isteri.

Begitu juga dengan amalan membuat rakaman video dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) lucah, yang menjadi amalan pasangan hari ini untuk menunjukkan rasa cinta mereka turut diketengahkan supaya diberi perhatian sewajarnya.

Selain perbuatan itu jelas haram, akibat daripada rakaman itu akan mendatangkan kesan buruk terutama jika diperoleh oleh orang yang tidak bertanggungjawab seperti sudah berlaku dan dilaporkan media.

Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan turut menjadi perhatian penulis untuk dikongsi bersama pembaca. Bagaimana dengan khunsa? Bab 16 buku ini dapat memberi jawapan kepada persoalan berkaitan khunsa.

Sebagai maklumat tambahan, penulis menyertakan ruangan sketsa yang menyediakan panduan, nasihat serta hasil kajian seperti cara meningkatkan kualiti sperma, seks halal dan kesihatan serta faedah berkhatan.

Mungkin ada persoalan yang sedang bermain pada fikiran anda tetapi masih berkira-kira sama ada untuk bertanyakan kepada seseorang atau pendamkan saja perkara itu, dapatkan buku Remeh-temeh tentang seks tapi anda malu bertanya untuk membantu mencari jawapannya.



Tertarik untuk mendapatkan buku ini, tapi malu nak beli di kedai??!!

Dapatkan Di Sini:

http://al-zuhaily.blogspot.com/2008/02/merungkai-pelbagai-masalah-seks.html