Siri 1 SELAMA 16 KURUN lamanya umat Islam “buta tembakau”. Umat Islam tidak tahu langsung apa itu tembakau, bagaimana pokok, daun dan batangnya serta untuk apa tembakau itu boleh digunakan. Sepanjang tempoh itu umat Islam bersih dari usaha pendapatan penanaman tembakau dan pencemaran asapnya. Sementara itu, walaupun mereka bebas dari fenonema tembakau tetapi mereka menghadapi zaman kemunduran. Rata-rata kedudukan politik, ekonomi dan sosial umat Islam pada waktu itu berada pada tahap sangat daif; semakin menurun hari demi hari. Mereka hidup dalam kejumudan, kepompong taklid buta, kegelapan politik dan ketidakstabilan sosial. Tetapi, malangnya umat Islam terus lena diulit ilusi kegemilangan Islam lampau. Manakala masyarakat barat sebaliknya, di mana mereka menemui sentuhan ketamadunan moden. Selepas keperitan dan pengajaran perang Salib yang berlanjutan hampir 200 telah mengalihkan strategi mereka 180 darjah ke arah pembangunan dalaman, penguasaan ekonomi melalui penemuan-penemuan baru. Mereka nekad menerobos sempadan sejarah gelap ke alam pencerahan dan realiti masa depan yang gemilang walaupun terpaksa bermula dari bawah. Penemuan sejarah mencatatkan penemuan awal rokok dari mitos mistik orang-orang asli benua Amerika. Orang Indian ini menghisap rokok untuk mendapatkan asapnya bagi tujuan pemujaan ruh baik dan menghindarkan ruh jahat. Menurut catatan “Wikipedia” sewaktu Colombus dan kelasinya menemui pulau Bahamas pada tahun 1429, mereka melihat orang-orang Indian yang memegang sesuatu yang bernyala dan mengeluarkan asap di hujungnya. Mereka menghisap benda itu dan menghembuskan asapnya dengan menggunakan alat seperti paip. Mereka meletakkan tembakau di dalam lubang paip dan menyalakannya untuk mendapatkan asap. Mereka melakukan demikian kerana berpegang kepada kepercayaan interaksi ghaib ruh baik dan ruh jahat. Mereka sentiasa melakukannya sebagai upacara suci bagi mendapatkan pertolongan ruh agong dan dalam situasi yang sama bermohon dijauhi dari ruh yang tidak baik. Hakikatnya, ruh jahat atau baik yang dimaksudkan oleh orang Indian itu merupakan makhluk halus dari jenis jin. Percaya atau tidak, makhluk halus di dunia ini hanya dua sahaja iaitu malaikat yang diciptakan dari nur dan kedua jin yang dijadikan dari unsur api. Dr. Salah al-Khalidi dalam “al-Qasas al-Qur’ani” menyatakan bahawa malaikat dan jin merupakan makhluk alam ghaib, iaitu ghaib dari alam nyata manusia sahaja. Manusia tidak melihat mereka dengan mata kasar tetapi mereka hidup dan wujud di sekeliling kita. Tambahnya lagi, asal-usul jin dari “al-Samum” seperti penjelasan surah al-Hijr, ayat 27, maksudnya; “Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”. Hakikat “api yang sangat panas” itu disebut dalam al-Quran sebagai “al-Samum”. “al-Samum” pula terbentuk dari “al-Marij” iaitu gabungan dua juzuk api. Pertama; diambil dari satu juzuk yang terakhir dari kepanasan api yang mengeluarkan sinaran api dan kedua, juzuk asap hitam yang dijulang api marak. Intergrasi kedua-dua juzuk inilah diciptakan jin. Menurut keterangan “Ensiklopedia Islam” golongan malaikat semuanya baik belaka, taat, beriman dan tidak sekali mengganggu manusia, malah mendatangkan rahmat. Manakala golongan jin terbahagi kepada dua; jin beriman dan kedua jin kafir yang disebut juga syaitan dan iblis yang tentunya membuat kacau dan memperdaya manusia dari hidayat Allah. Justeru, mitos mistik orang Indian itu berkait rapat dengan anutan kuasa ghaib yang bertentangan dengan Islam. Pembakaran seumpama colok dan kemenyan untuk mendapatkan asap sebenarnya mengandungi elemen penyeruan makhluk halus kerana unsur asap sinonim dengan kejadian jin. Dikatakan bahawa jin bukan sahaja makan sisa tulang dan makanan tetapi juga begitu teruja dengan asap. Sehubungan itu, tidak jauh kebenarannya jika Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus dalam satu ceramahnya berseloroh bahawa orang yang hisap rokok perlu hati-hati kerana asap yang dihasilkan itu mampu menarik minat jin. Katanya; “Jin dijadikan dari asap dan makan dari unsur asap seperti manusia dijadikan dari tanah yang makan dari unsur kejadian tanah. Maka orang yang hisap rokok sebenarnya kawan jin”. Kenyataan ini memberikan signal tersirat apakah pengaruh asap yang menjadi makanan jin ini juga salah satu faktor menyulitkan usaha “menalak tiga” rokok. Keadaan ini membuat perokok begitu liat dan sukar memberikan keikhlasan suci untuk membuang jauh-jauh tabiat rokok. Sebab itu soal hubungan jin, pembaziran duit dan efek racun dalam rokok yang disahkan pakar perubatan mengandungi lebih kurang 4000 racun yang membawa penyakit tahap berbahaya dan maut sehingga laporan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 4.9 juta manusia mati setahun akibat rokok merupakan perkara sampingan, malah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi perokok. Mereka rela apa saja demi rokok! Suatu perkara sampingan yang perlu disentuh berkaitan asap dalam kesempatan itu juga ialah fatwa Jabatan Mufti Melaka menegaskan jika asap yang dihasilkan samada dari rokok, colok dan kemenyan dalam bentuk perbomohan, penyeruan dan perubatan tradisional dengan maksud mendampingi dan meminta bantuan makhluk ‘ghaib’ adalah bercanggah dengan akidah Islam. Sejarah kepesatan perusahaan tembakau secara jelas disaksikan apabila ahli korporat besar bernama Rodrigo De Jares merintis perniagaan tembakau, khususnya perusahaan rokok di Cuba. Pada tahun 1556-1558 rokok mula diperkenalkan ke Perancis, Sepanyol dan Portugal sehingga tersebarlah ke seluruh dunia. Dilaporkan, selepas orang-orang Sepanyol berjaya mempromosikan tembakau ke Eropah, terutama kepada golongan bangsawan British yang menghisap tembakau dengan paip pada waktu rehat telah melonjakan aktiviti penanaman tembakau sebagai komuniti ekonomi negeri-negeri jajahan British yang bermula di Amerika Utara. Usaha kapitalis melalui selendang imperealis semakin berjaya. Pada tahun 1630-an hasil tembakau memberikan loba besar bagi negeri Virginia. Akibatnya, fenonema tembakau tidak dapat disekat lagi, kian pesat pada abad ke-17. Serentak dengan itu, pedagang Eropah memperkenalkan tembakau ke seluruh Asia dan Afrika. Kemudian dalam abad ke 19 orang-orang Sepanyol memperkenalkan cerut ke Asia melalui tanah Filipina dan kemudian ke Rusia dan Turki serta tidak terkecuali ke dalam negeri-negeri Islam, terutama tanah jajahan mereka. Bersambung…
Fikrah Perokok Terumbang-ambing Antara Mistik, Imperalisme dan Kapitalisme
Rentetan penemuan demi penemuan dicapai yang membawa kepada penemuan tembakau pada akhir kurun ke-14 menjadikan gelombang penguasaan ekonomi global kian realistik. Sejak itu, dunia Eropah telah berkembang pesat dengan industri tembakau yang diterajui monopoli kapitalis. Masyarakat barat telah diselubungi fenonema ini selama 200 tahun sebelum merebak ke dunia umat Islam.
Namun, saya yakin niat perokok bukan mendampingkan diri dengan jin. Mereka menyalakan rokok semata-mata mendapatkan kenikmatan candu dalam kandungan asap rokok. Dalam cita-cita perokok asap itu adalah kemuncak kelazatan. Tiada rokok tanpa asap. Banyak benda lain yang berasap tapi tidak seindah rokok.
Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB
Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)
Ahad, 19 September 2010
Fikrah Perokok Terumbang-ambing Antara Mistik, Imperalisme dan Kapitalisme
Posted by Rohidzir Rais at 11:11 PG 0 comments
Ahad, 8 Ogos 2010
Bicara Ad-Deen di Masjid Negeri Shah Alam
Alhamdulillah Bicara Ad-Deen berjalan dengan baik. Cuma apa saya menggambarkan sebagai kuliah selepas Subuh, saya anggarkan maksimum 20 orang. Tetapi yang hadir, rasanya sekitar 50. Saya sangat kagum dengan jemaah masjid dan pengurusan masjid.
Kuliah pada pagi itu membincangkan tentang Peristiwa Sejarah Ramadan berdasarkan tajuk buku PTS ISlamika. Tetapi huraian saya tidak berdasarkan buku tersebut. Kerana fakta-fakta sejarah yang adalah dalam buku tersebut boleh dibaca sendiri oleh jemaah. Sayangnya, buku tersebut sudah kehabisan stok di stor.
Saya membahaskan tiga peristiwa penting berlaku pada bulan Ramadan dari aspek berbeza.
1. Perang Badar - saya kaitkan kepentingan umat Islam memperkuatkan EKONOMI atau kita akan terus dipermainkan. Perang Badar adalah contoh bagaimana Rasulullah dan umat Islam Madinah perlu menguatkan ekonomi mereka seberapa segera.
2. Persiapa Perang Khandak - Kepentingan umat Islam menguasai teknologi sekalipun ia berasal daripada orang bukan Islam. Teknologi pembinaan parit sebagai strategik peperangan adalah contoh teknologi Farsi yang diterima Rasulullah. Saya tegaskan golongan agama perlu cekap teknologi, bukan sekadar celik.
3. Pembukaan Makkah - Kuasa hijrah untuk berubah dan melarikan diri daripada maksiat atau suasana yang tidak Islamik. Orang Islam Makkah dan Rasulullah yang terpaksa meninggalkan Makkah akibat tekanan melampai golongan bukan Islam, akhirnya kembali dengan penuh maruah ke Makkah untuk mendapatkannya kembali.
Saya turut menceritakan kisah hijrah saya daripada tingkatan 6 ke Pondok Pasir Tumboh... :)
Selepas selesai huraian bab ini, saya kemudian memperkenalkan PTS serta misi dan promosi yang sedang kita lakukan.
Saya jelaskan bahawa PTS adalah penerbit yang menghasilkan buku-buku patuh syariah dalam semua gerne. Saya ajak mereka ke PTS untuk mencari bacaan yang baik untuk ibu bapa dan anak-anak.
Kebetulan Puan Rohayati, penulis buku 101 Akhlak Rasulullah ada bersama jemaah dan beliau memberikan contoh buku tersebut sebagai contoh kualiti buku PTS.
Saya juga menguar-uarkan program ramdan@pts dan buku-buku yang kita terbitkan khas untuk ramadan. Juga kepentingan membaca pada bulan Ramadan.
Program wakaf buku untuk anak-anak yatim dan sekolah juga saya ceritakan. Saya jelaskan betapa anak-anak ini tidak hanya memerlukan beras dan baju raya tetapi juga ilmu dan kecemerlangan akademik untuk survive.
Selepas kuliah baru saya tahu, ada jemaah yang tidak kenal PTS!
Insyallah lepas ini PTS dan masjid negeri boleh adakan kerjasama dalam apa-apa acara yang sesuai:
- Pelancaran buku
- kursus penulisan
- bedah buku
- karnival buku
Terima kasih semua atas majlis yang hebat ini,moga bermanfaat.
Terima kasih khusus untuk Tuan Ilhami Hisyam.
Posted by Rohidzir Rais at 4:19 PTG 0 comments
Ahad, 1 Ogos 2010
Syahadah Gadis Ateis... Penilaian Jujur

Syahadah Gadis Ateis... Penilaian Jujur.
http://www.hmetro.com.my/m
Saya membaca ulasan saudara al-Abror Mohd Yusuf dalam Harian Metro dengan penuh syukur. Terima kasih atas kesudian penulis yang menghuraikan setiap aspek hitam putih novel ini sehingga setiap inci novel ini dianalisisnya. Saya tidak dapat bayangkan kesungguhan beliau mengkaji novel ini hingga mampu memberikan ulasan mantap seperti ini. Sekali lagi terima kasih.
Novel tauhidi, istilah yang kami gunakan bagi penerbitan novel berbentuk tauhid di bawah penerbitan PTS Islamika. Syahadah Gadis Ateis, adalah anak sulung kami. Sebahagian fakta yang disebutkan penulis dalam artikel ini, sudah kami sedari dan akui . Tetapi memandangkan ini anak yang pertama, biarkan ia 'terjatuh' sekali dua.
Novel ilmiah, ini juga konsep kedua yang kami perjuangkan. Novel biasa dianggap sebagai bacaan santai yang dipenuhi ayat-ayat 'bunga' dan meleret-leret. Ia membuai perasaan pembaca bagi untuk terus membaca. Kami ingin mengubah novel menjadi bahan bacaan yang mendidik pembaca dengan fakta yang konkrit dan realistik. Melalui genre novel, yang merupakan antara kategori buku yang diminati, PTS Islamika memasang azam meluaskan konsep dakwah kepada pembaca tanpa perlu membuka buku agama. Jangan hairan, jika novel yang dihasilkan nanti mempunyai nota hujung sebagai rujukan pembaca.
Menariknya, pembaca novel kini makin bijak. Kelompok yang meminati novel juga sudah meningkat kepada golongan profesional dan akademik. Justeru, reformasi novel sangat diperlukan.
Tidak mudah mengimbangi di antara ilmiah dan seni, fakta dan sastera. Namun di situ letaknya kreativiti dan kesungguhan penulis. Saya kira, Syahadah Gadis Ateis berjaya memenuhi aspek fakta dan ilmiahnya, namun agak tempang unsur seni dan sasteranya.
Besar harapan saya, penulis yang berminat menulis dalam kategori ini menjadikan artikel dan novel ini sebagai rujukan dan panduan. PTS Islamika juga menghasilkan novel tauhid kedua bertajuk, Harumnya Norjannah. Novel ini lebih ringan dan berjiwa tetapi masih membahaskan isu tauhid. Semoga Tuan al-Abror sudi membaca dan menilainya.
Selainitu, dua novel terjemahan daripada bahasa Turki sedang dalam proses pencetakan. Kedua-dua novel itu ditulis oleh sasterawan Turki, Emine Senlikogklu. Maria dan Weil China akan berada di pasaran hujung bulan ini. Dua novel ini, diharap dapat memberikan impak kepada peminat novel.
ROHIDZIR RAIS
PTS Islamika Sdn. Bhd. (847946-W)
Senior Editor
- اخت اتريزا عمر Sudah membaca novel Maria, karya Emine Senlikogklu. Bagus kisahnya. Moga pengajaran besar didapatkan, insya`allah. Bagi saya Novel itu mempersembahkan tarbiyah dan dakwah yang sangat membina.. Tahniah PTs atas usaha ini. Moga sentiasa diberkati Allah.July 20 at 1:39am · ·
- Budi Yanto satu kupasan ikhals oleh wartawan tersebut. namun berilah ruang dan peluang genre novel islam seperti ini bertapak, bertatih dan berlari apabila masa matangnya telah sampai. ini cabaran kepada penulis. namun TAHNIAH untuk tun imran haaz atas permulaan ini. semakin banyak ia dikritik sebenarnya semakin ramai yang membacanya dan ingin mengetahui. bukankah itu sedikit permulaan kejayaan?July 20 at 4:06am · ·
- Ainon Mohd. Suatu kupasan yang banyak manfaatnya bagi perkembangan sastera agama....
- Rozita Yaacob semuga suksess usaha memartabatkan novel yg memberi tarbiyah itu...July 20 at 7:25am · ·
- Syafiq Zulakifli Saya berpandangan bahawa Teori Sastera Persuratan Baru amat dekat dengan novel tauhidik Islamika ini. Saya mahu menghasilkan novel fiqah supaya perbahasan ulama berkenaan hukum hakam, pembaca dapat khatami dengan membaca novel.July 21 at 4:39am · ·
- Rohidzir Rais Tahniah Tuan Syafiq... kecil tapak tangan.. PTS tadahkan. Selamat menulis. Sudah masanya kita mengangkat kembali sastera islami. Ini baru novel, bagaimana dengan puisi?
Puisi adalah genre sastera yang tinggi.July 21 at 4:47am · · - Syafiq Zulakifli Saya sedang berbincang-bincang dengan sifu PTS untuk menerbitkan puisi cinta Islam.July 21 at 4:47am · ·
- Rohidzir Rais Saya ada sebuah skrip puisi yang baik, tetapi tidak diterima . Kecewa juga, mungkin boleh berbincang nanti.July 21 at 4:48am · ·
Posted by Rohidzir Rais at 11:02 PTG 0 comments
Ahad, 25 Julai 2010
PEMIMPIN LABAH-LABAH
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Misalan bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling lemah ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan. Sesungguhnya Allah mengetahui (kepalsuan) apa jua yang mereka sembah yang lain daripada-Nya, dan Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya," (Surah al-Ankabut: ayat 41-43)
AIlah S.W.t. menegaskan dalam banyak ayat al-Quran bahawa hanya Dia satu-satunya tempat pergantungan yang paling utuh untuk hamba-Nya berpaut. Sedangkan menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain adalah dosa yang paling besar. Dalam surah al-Ankabut ini, isu yang sama diutarakan, tetapi dengan tamsilan yang menarik iaitu dengan mengaitkannya dengan labah-Iabah dan sarangnya.
Penyekutuan terhadap Allah tidak hanya berlaku melalui penyembahan secara langsung terhadap objek-objek pequn seperti patung, tunggul, haiwan, bulan dan matahari serta bintang-bintang, sebagaimana yang dilakukan oIeh generasi silam dan masih diteruskan hingga klni. Tetapi kekufuran paling jelik dilakukan ini bukan hanya oleh orang bukan Islam tetapi juga mereka yang mengaku Islam, ialah apabila manusia yang hidup di alam siber ini meletakkan pergantungan mutlak terhadap wang ringgit sebagai penentu hidup mereka, pemimpin dan pemerintah sebagai mereka yang menjamin kelangsungan kesejahteraan hidup, mendewa-dewakan pelbagai isme cetusan minda manusia.
Penyembahan material dan pemimpin yang berkuasa menyebabkan manusia mempersetankan tuntutan agama dan kemuliaan akhlak. Mengagungkan pemimpin-pemimpin yang berkuasa seolah-olah mereka yang menentukan rezeki, hidup mati dan kesinambungan hidup mereka di dunia adalah pemikiran
paling lemah. Allah menjelaskan situasi ini dengan menjadikan golongan penyembah wang ringgit dan pemimpin ini seumpama labah-labah yang membina sarang untuk berteduh. Dan sarang labah-labah ini pula adalah kesenangan duniawi dan tokoh-tokoh yang kononnya dapat memberikan perlindungan dan kesejahteraan hidup kepada mereka.
Allah menggunakan Iabah-Iabah yang dikenali oIeh siapa sahaja sebagai perumpamaan menggambarkan kebodohan golongan sesat ini sebagai metode paling mudah untuk difahami. labah-labah adalah haiwan kecil berkaki lapan yang memerangkap serangga-serangga dengan jaring yang juga rumahnya. Labah-labah membina rumahnya dengan benang-benang halus yang dihasilkan tubuhnya dan disulam menjadi sebuah jaring.
Rumah paling lemah
Sarang labah-labah ini adalah rumah paling lemah dan paling gagal berfungsi sebagai rumah kerana ia tidak dapat memelihara penghuninya daripada panas matahari, hujan lebat dan ribut. Malah jika dirempuh ranting atau dibaling batu kecil pun, rumah ini akan musnah dengan mudah dan tidak akan memberikan perlindungan kepada labah-labah. Manusia tertipu dengan "sarang labah-labah ini" dengan pelbagai cara. Pemimpin yang berkuasa merasakan dia mampu menguasai rakyatnya dengan kuasa yang dimilikinya, dan kerana itu dia sanggup melakukan apa sahaja penyelewengan untuk mengekalkan kekuasaannya.
Tetapi dia tidak menyedari rakyatnya juga berkuasa menjatuhkannya melalui banyak cara.
Hal yang sama berlaku kerana mereka yang tertipu dengan harta kekayaan, keperkasaan tubuh, dan kehebatan minda manusia.
Kelemahan manusia
Seterusnya Allah menjelaskan lagi bahawa apa yang mereka sembah dan puja tidak akan dapat memberikan pertolongan atau perlindungan kepada mereka dan tidak juga dapat memudaratkan mereka melainkan dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa. Kelemahan yang ada pada benda yang mereka sembah ini sama sahaja dengan sarang lebah-labah. Malah mungkin mereka lebih teruk kerana walaupun mudah rosak, sekurang-kurangnya sarang labah-labah masih berperanan membantu labah-Iabah mendapatkan makanan.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah mengetahui (kepalsuan) apa jua yang mereka sembah yang lain daripada -Nya, dan Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. " (Surah al-Ankabut: 42)
Oleh itu, kita hendaklah kembali kepada Allah dengan meletakkan seluruh pergantungan dan harapan semata-mata kepada-Nya. Sebarang ikatan kepada selain Allah hendaklah dirungkai dengan segera sebelum azab seksaan Allah ditimpakan ke atas kita sebagaimana yang dijanji dalam ayat berikut :
"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di dalam bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) AlIah tidak sekali kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
(Surah al-Ankabut, ayat 49)
Posted by Rohidzir Rais at 9:16 PTG 0 comments
Sabtu, 24 Julai 2010
HENTIKAN TANGISAN ANAK ITU

Semasa artikel ini ditulis, Adik Sharline yang sudah lebih 100 hari hilang masih belum ditemui, malah hidup matinya pun tidak dapat dipastikan. 'Binatang bangsat' yang menculik, memperkosa dan . membunuh dengan kejam Adik Nurin Julin Jazlmin masih lagi bebas. Kita juga tidak dapat mengagak perasaan bapa Ang May Hong ketika menemui anak kecilnya sudah tidak bernyawa dalam keadaan lehernya dijerut serta sebatang kayu satu meter dengan tiga paku di hujungnya tertusuk ke kemaluan anak malang ini sehingga merobek pundi kencing, perut dan jantung nya. Menakutkan, menyedihkan, marah, geram dan bimbang. Siapa sahaja yang membaca kisah-kisa h menyayat hati ini tidak dapat lari daripada perasaan-perasaan ini. Lebih membimbangkan, tragedi ini masih terus berlaku sehingga dianggarkan 37 kes seperti Ini berlaku dalam 7 bulan. Bererti seorang kanak-kanak hilang setiap minggu!
Pedofil (pedofilia) atau 'binatang bangsat' (istilah paling lembut yang mampu kita gunakan) yang menzalimi anak-an ak tidak berdosa ini adalah golongan dewasa
yang mempunyai kecenderungan seksual melampau terhadap kanak-kanak, sama ada lelaki atau perempuan. Menariknya kaji an perubatan moden juga tidak dapat mengesan sebab terjadinya kecelaruan ini dan terapi untuk memulihkannya. Oleh itu, memulihkan golongan ini tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah kejam ini, sebaliknya kitalah sepatutnya mengambil langkah berhati-hati dan pencegahan.
Penderaan seksual terhadap kanak-kanak berlaku apabila seorang kanak-kanal
dieksploitasi untuk kepuasan seksual oIeh seorang dewasa atau seseorang yang
umurnya lebih tua daripada mangsa. Jika seorang kanak-kanak itu disetubuhi
oleh seorang ahli keluarganya, la dikenali sebagai sumbang mahram.
Tip-tip mencegah serangan seksual mungkin telah banyak diperkatakan dalam
tulisan lain. Tetapi penulis ingin menyentuh satu faktor yang menjadi penggalak kepada golongan pedofil ini untuk mendekati kanak-kanak, tetapi sering diabaikan ibu bapa, aurat kanak-kanak.
Menarik untuk dicatat kan di sini bahawa 90% kes penderaan seksual ini dilakukan oIeh orang yang hampir dengan mangsa seperti ibu bapa, abang, adik,
bapa saudara , datuk, sepupu atau jiran. Ini terjadi lantaran kekeliruan di antara kemesraan dan syahwat yang ditunjukkan terhadap kanak-kanak. Misalnya, jika
seorang bapa saudara mendakap erat dan mencium seorang anak saudara perempuannya, dapatkah kita memastikan ia di lakukan kerana kasih sayang atau oleh nafsu syahwat?
Dalam Islam, seorang dewasa bertanggung jawab menghadkan belaian dan
sentuhan mereka terhadap kanak-kanak, selain memastikan orang dewasa lain juga memelihara sempadan ini.
Posted by Rohidzir Rais at 10:52 PTG 0 comments


