Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Ahad, 8 Ogos 2010

Bicara Ad-Deen di Masjid Negeri Shah Alam


Bicara Ad-Deen di Masjid Negeri Shah Alam




Alhamdulillah Bicara Ad-Deen berjalan dengan baik. Cuma apa saya menggambarkan sebagai kuliah selepas Subuh, saya anggarkan maksimum 20 orang. Tetapi yang hadir, rasanya sekitar 50. Saya sangat kagum dengan jemaah masjid dan pengurusan masjid.

Kuliah pada pagi itu membincangkan tentang Peristiwa Sejarah Ramadan berdasarkan tajuk buku PTS ISlamika. Tetapi huraian saya tidak berdasarkan buku tersebut. Kerana fakta-fakta sejarah yang adalah dalam buku tersebut boleh dibaca sendiri oleh jemaah. Sayangnya, buku tersebut sudah kehabisan stok di stor.

Saya membahaskan tiga peristiwa penting berlaku pada bulan Ramadan dari aspek berbeza.

1. Perang Badar - saya kaitkan kepentingan umat Islam memperkuatkan EKONOMI atau kita akan terus dipermainkan. Perang Badar adalah contoh bagaimana Rasulullah dan umat Islam Madinah perlu menguatkan ekonomi mereka seberapa segera.

2. Persiapa Perang Khandak - Kepentingan umat Islam menguasai teknologi sekalipun ia berasal daripada orang bukan Islam. Teknologi pembinaan parit sebagai strategik peperangan adalah contoh teknologi Farsi yang diterima Rasulullah. Saya tegaskan golongan agama perlu cekap teknologi, bukan sekadar celik.

3. Pembukaan Makkah - Kuasa hijrah untuk berubah dan melarikan diri daripada maksiat atau suasana yang tidak Islamik. Orang Islam Makkah dan Rasulullah yang terpaksa meninggalkan Makkah akibat tekanan melampai golongan bukan Islam, akhirnya kembali dengan penuh maruah ke Makkah untuk mendapatkannya kembali.
Saya turut menceritakan kisah hijrah saya daripada tingkatan 6 ke Pondok Pasir Tumboh... :)

Selepas selesai huraian bab ini, saya kemudian memperkenalkan PTS serta misi dan promosi yang sedang kita lakukan.

Saya jelaskan bahawa PTS adalah penerbit yang menghasilkan buku-buku patuh syariah dalam semua gerne. Saya ajak mereka ke PTS untuk mencari bacaan yang baik untuk ibu bapa dan anak-anak.

Kebetulan Puan Rohayati, penulis buku 101 Akhlak Rasulullah ada bersama jemaah dan beliau memberikan contoh buku tersebut sebagai contoh kualiti buku PTS.

Saya juga menguar-uarkan program ramdan@pts dan buku-buku yang kita terbitkan khas untuk ramadan. Juga kepentingan membaca pada bulan Ramadan.

Program wakaf buku untuk anak-anak yatim dan sekolah juga saya ceritakan. Saya jelaskan betapa anak-anak ini tidak hanya memerlukan beras dan baju raya tetapi juga ilmu dan kecemerlangan akademik untuk survive.

Selepas kuliah baru saya tahu, ada jemaah yang tidak kenal PTS!

Insyallah lepas ini PTS dan masjid negeri boleh adakan kerjasama dalam apa-apa acara yang sesuai:

- Pelancaran buku
- kursus penulisan
- bedah buku
- karnival buku

Terima kasih semua atas majlis yang hebat ini,moga bermanfaat.

Terima kasih khusus untuk Tuan Ilhami Hisyam.

0 comments: