Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Ahad, 1 Ogos 2010

Syahadah Gadis Ateis... Penilaian Jujur


Syahadah Gadis Ateis... Penilaian Jujur.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/UlatBuku_Insafgadisateis/Article



Saya membaca ulasan saudara al-Abror Mohd Yusuf dalam Harian Metro dengan penuh syukur. Terima kasih atas kesudian penulis yang menghuraikan setiap aspek hitam putih novel ini sehingga setiap inci novel ini dianalisisnya. Saya tidak dapat bayangkan kesungguhan beliau mengkaji novel ini hingga mampu memberikan ulasan mantap seperti ini. Sekali lagi terima kasih.

Novel tauhidi, istilah yang kami gunakan bagi penerbitan novel berbentuk tauhid di bawah penerbitan PTS Islamika. Syahadah Gadis Ateis, adalah anak sulung kami. Sebahagian fakta yang disebutkan penulis dalam artikel ini, sudah kami sedari dan akui . Tetapi memandangkan ini anak yang pertama, biarkan ia 'terjatuh' sekali dua.

Novel ilmiah, ini juga konsep kedua yang kami perjuangkan. Novel biasa dianggap sebagai bacaan santai yang dipenuhi ayat-ayat 'bunga' dan meleret-leret. Ia membuai perasaan pembaca bagi untuk terus membaca. Kami ingin mengubah novel menjadi bahan bacaan yang mendidik pembaca dengan fakta yang konkrit dan realistik. Melalui genre novel, yang merupakan antara kategori buku yang diminati, PTS Islamika memasang azam meluaskan konsep dakwah kepada pembaca tanpa perlu membuka buku agama. Jangan hairan, jika novel yang dihasilkan nanti mempunyai nota hujung sebagai rujukan pembaca.

Menariknya, pembaca novel kini makin bijak. Kelompok yang meminati novel juga sudah meningkat kepada golongan profesional dan akademik. Justeru, reformasi novel sangat diperlukan.

Tidak mudah mengimbangi di antara ilmiah dan seni, fakta dan sastera. Namun di situ letaknya kreativiti dan kesungguhan penulis. Saya kira, Syahadah Gadis Ateis berjaya memenuhi aspek fakta dan ilmiahnya, namun agak tempang unsur seni dan sasteranya.

Besar harapan saya, penulis yang berminat menulis dalam kategori ini menjadikan artikel dan novel ini sebagai rujukan dan panduan. PTS Islamika juga menghasilkan novel tauhid kedua bertajuk, Harumnya Norjannah. Novel ini lebih ringan dan berjiwa tetapi masih membahaskan isu tauhid. Semoga Tuan al-Abror sudi membaca dan menilainya.

Selainitu, dua novel terjemahan daripada bahasa Turki sedang dalam proses pencetakan. Kedua-dua novel itu ditulis oleh sasterawan Turki, Emine Senlikogklu. Maria dan Weil China akan berada di pasaran hujung bulan ini. Dua novel ini, diharap dapat memberikan impak kepada peminat novel.

ROHIDZIR RAIS
PTS Islamika Sdn. Bhd. (847946-W)
Senior Editor



KOMEN DARIPADA FACEBOOK:

    • Roslan Isa OOOOOO, kisahnya.
      July 20 at 1:25am · ·
    • اخت اتريزا عمر Sudah membaca novel Maria, karya Emine Senlikogklu. Bagus kisahnya. Moga pengajaran besar didapatkan, insya`allah. Bagi saya Novel itu mempersembahkan tarbiyah dan dakwah yang sangat membina.. Tahniah PTs atas usaha ini. Moga sentiasa diberkati Allah.
      July 20 at 1:39am · ·
    • Mardihah Adam saya sedang mengulitnya.
      July 20 at 1:45am · ·
    • Budi Yanto satu kupasan ikhals oleh wartawan tersebut. namun berilah ruang dan peluang genre novel islam seperti ini bertapak, bertatih dan berlari apabila masa matangnya telah sampai. ini cabaran kepada penulis. namun TAHNIAH untuk tun imran haaz atas permulaan ini. semakin banyak ia dikritik sebenarnya semakin ramai yang membacanya dan ingin mengetahui. bukankah itu sedikit permulaan kejayaan?
      July 20 at 4:06am · ·
    • Ainon Mohd. Suatu kupasan yang banyak manfaatnya bagi perkembangan sastera agama....
      July 20 at 7:15am · · 1 person ·
    • Rozita Yaacob semuga suksess usaha memartabatkan novel yg memberi tarbiyah itu...
      July 20 at 7:25am · ·
    • Syafiq Zulakifli Saya berpandangan bahawa Teori Sastera Persuratan Baru amat dekat dengan novel tauhidik Islamika ini. Saya mahu menghasilkan novel fiqah supaya perbahasan ulama berkenaan hukum hakam, pembaca dapat khatami dengan membaca novel.
      July 21 at 4:39am · ·
    • Rohidzir Rais Tahniah Tuan Syafiq... kecil tapak tangan.. PTS tadahkan. Selamat menulis. Sudah masanya kita mengangkat kembali sastera islami. Ini baru novel, bagaimana dengan puisi?

      Puisi adalah genre sastera yang tinggi.
      July 21 at 4:47am · ·
    • Syafiq Zulakifli Saya sedang berbincang-bincang dengan sifu PTS untuk menerbitkan puisi cinta Islam.
      July 21 at 4:47am · ·
    • Rohidzir Rais Saya ada sebuah skrip puisi yang baik, tetapi tidak diterima . Kecewa juga, mungkin boleh berbincang nanti.
      July 21 at 4:48am · ·

0 comments: