Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Selasa, 17 November 2009

Mampukah seorang "UnderDog" Menulis Skrip





Tuan Zabidi menerima anugerah penulis skrip terbaik
untuk drama IHSAN dalam AMIN.

Sebahagian peserta Bengkel Penulisan Skrip
Drama Islam
anjuran Layar Consult Sdn Bhd

Mampukah seorang "UnderDog" Menulis Skrip

ٍSabtu lepas dan juga sabtu minggu sebelum itu, saya menghadiri bengkel penulisan bengkel penulisan skrip drama anjuran Layar Consult. Sifu yang membimbing kami tidak lain tidak bukan adalah Tuan Zabidi Mohamed, a lawyer (was). Saya terpanggil untuk mengikuti kelas skrip ini selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah AMIN. Kebetulan Tuan Zabidi memenangi anugerah Penulis Skrip Terbaik. Tarikan saya ialah drama yang ditulisnya adalah IHSAN. Drama ini saya saksikan melalui YouTube ketika bukan Ramadhan. Sambil bersengkak mata membuat kerja-kerja editing dan layout, saya layan drama melayu.

Berkesannya drama ini, yang membawa mesej penderhakaan anak kepada ibu bapa, saya menghubungi ibu saya pada waktu sahur sebaik sahaja tamat drama ini. Lakonan Kartina Aziz sebagai ibu yang serba sederhana sangat memberikan kesan kepada saya, mengingatkan kepada ibu di kampung. Mesej yang disampaikan sangat halus tapi menyusuk...

Justeru itu, apabila berkesempatan bertemu dengan penulisnya tuan Zabidi, saya sangat teruja. Perkenalan singkat yang disambung pula di alam siber membawa saya ke bengkel ini.

Hanya setelah memulakan kelas baru saya maklum bahawa peserta yang hadir adalah mereka yang dipilih, kerana bengkel ini tidak diumumkan kepada khalayak. Selain kakitangan Layar Consult dan Galeri Ilmu yang terdiri daripada editor, penulis dan wartwan, hanya 4 orang peserta lain termasuk saya.

Menariknya, kecuali saya, peserta bengkel ini memang dipilih daripada mereka yang hebat di bidang masing-masing. Siapa tidak kenal dengan Ustaz Hasrizal (saiful islam) atau penulis novel hebat Salju Sakinah, Zaid Akhtar. Begitu juga dengan Adib seorang pensyarah. Dilihat di mana-mana sudut pun, saya langsung tidak setanding dengan mereka, saya hanya seorang 'underdog' yang tersesat!

Penganjur mensyaratkan agar semua peserta bengkel ini menghasilkan 3 buah skrip drama setahun selepas bengkel ini. Mungkin tidak semua daripada peserta yang mampu mengasilkannya, tetapi saya sering terfikir kalau ada peserta paling tidak layak menulis skrip, tentu sayalah orangnya.

Drama... apa ada pada drama...

Lahir dari jurusan sastera, drama sangat dekat dengan hati saya. Bukan sekadar hendak lulus periksa, tetapi memang minat. Saya masih ingat, ketika belajar di Sek. Men. Sg. Dua, Butterworth, subjek sastera paling menarik bagi saya. Sudah tentu kerana karya saya sering mendapat pujian dan dijadikan contoh kepada pelajar lain.

Paling tidak dapat saya lupakan adalah pementasan drama Tanggang, ketika tingkatan 5. Asalnya saya hanya menumpang sebagai pelakon tambahan. Tapi skrip yang diberikan sangat lemah dan hambar. Entah mengapa saya rasa mampu menghasilkan skrip yang lebih baik. Dan itu yang saya lakukan. Ternyata, semua rakan-rakan termasuk guru pembimbang, Cikgu Asma, menyukainya. Alhamdulillah... tetapi ia tidak berakhir di situ sahaja.

Hebat mana pun skrip yang dihasilkan pasti hancur di tangan pengarah yang lemah dan pelakon utama yang lesu. Dan itulah yang berlaku...

Pengarah gagal menentukan arah tuju drama dan pelakon utama... mmm... longlai... lesu, langsung tidak dapat menghayati watak..

Kecewa dengan keadaan ini saya nekad, kalau mereka tidak boleh merealisasikan 'khayalan' saya, biar saya yang melakukannya sendiri.

Akhirnya, drama Tanggang berjaya dipentaskan dengan jayanya. Lebih-lebih lagi kerana pengarahnya adalah penulis skripnya, dan pelakon utamanya pula adalah pengarah sendiri... (saya memang melampau!)

Setelah 16 tahun Tanggang disumpah menjadi batu, saya masih terasa kilauan lampu kamera yang tak berhenti memancar sepanjang pementasan ini. Masih terasa kuatnya suara saya hingga mendiamkan khalayak ramai ketika memaki hamun 'si ibu'... juga rintihan Melur yang sayu melihat saya dihina dan dibelasah... semuanya masih segar di ingatan.

Begitu juga dengan drama Abang 93, Munajat dan Titisan Darah Terakhir, semuanya dipentaskan di Ma'hadul-Azhar, sebuah sekolah tahfiz ketika saya belajar di situ.



Saya Mahu Menulis Skrip...
Siapa sangka hari ini kesempatan untuk meneruskan minat yang tidak pernah padam selama 16 tahun ini, muncul juga. Terima kasih Allah atas kesempatan ini.

Terima kasih layar Consult atas kesempatan ini. Terima kasih Tuan Zabidi kerana memilih orang yang paling tidak berpotensi menjadi penulis skrip, seorang 'underdog' yang ingin menulis.

Ummm sebut pasal skrip, sinopsis drama kena hantar minggu ni, alamak nak buat cerita ape ni?



Action!!





ABANG 93... "Sebagai abang, sepatutnya abang Jasman
membantu ayah bukan menyusahkan lagi ayah."
(Ayah (Rasyiddin Mohd), Adik Jasmin (Rohidzir Rais) dan Abang Jasman (Mohd Rahim Bakr)

Titisan Darah Terakhir... Sempena Sambutan Kemerdekaan... Merdeka!
Mohd Zuhdi (berdiri), Ahmad Fikri (duduk), Rohidzir (duduk) dan Saidi (baring)

MUNAJAT... "Tiada tapi-tapinya lagi Azlan, kau harus lakukan
apa yang terbaik untuk diri mu..."


0 comments: