Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Sabtu, 28 November 2009

Anak Sarawak




ANAK SARAWAK... Tranformasi Filem, Tranformasi Manusia


Assalamualaikom dan Selamat Hari Raya Aldiladha

Selepas meraikan Aidil Adha di kampung mertua, Karak, saya bergegas kembali ke KL malam itu juga. Bukan tidak rasa bersalah, tambahan pula Paklong akan kenduri kawin anaknya pada hari Ahad (esok la). Tapi kerja yang bertimbun menyebabkan saya tidak mempunyai pilihan lain.

Sambil menyiapkan layout dan editing yang sangat banyak, seperti biasa saya akan melayan filem atau drama melayu di youtube. Bukan tengok betul-betul pun sekadar dengar suaranya. Dan untuk sekian kalinya saya menonton lagi filem kegemaran saya 'Anak Sarawak'.


Seingatnya, saya menontonnya pertama kali sejak masih terlalu muda. Tetapi mungkin diri ini terlalu akrab dengan novel, drama dan teater, filem ini memberikan kesan. Dan sudah tentu kesan filem ini tidak hanya pada saya, tetapi juga memberikan pengaruh besar kepada industri filem melayu pada waktu itu. Satu tranformasi hebat yang dilakukan oleh pengarah hebat, Rahim Razali. Membawa unsur teater ke dalam filem adalah perubahan yang maha sukar. Tidak hairanlah beliau membawa bersamanya hero-hero bangsawan Ahmad Yatim, Ahmad Tarmimi untuk turut serta.

Mungkin ramai yang menyukai watak DO muda lakonan Ahmad Tarmimi, tapi saya sebagaimana biasa, lebih teruja melihat lakonan hebat Ahmad Yatim. Lakonannya sebagai seorang ayah yang kehilangan anak, seorang pemimpin masyarakat yang tegas, sangat berkesan. Mungkin juga kerana hubungan anak ayah sebenarnya yang sering menyentuh hati, lebih daripada hubungan cinta lelaki perempuan.

Besarnya pengaruh 'jebat' yang cuba diterapkan oleh Rahim Razali di dalam karyanya ini (juga dalam Matinya Seorang Patriot dan Puteri), saya secara luar sedar berpegang dengan dialog Haji Pawi ketika menghalakan senapangnya ke arah tali barut komunis. Apabila si tali barutnya berkata bahawa orang seperti mulia seperti Haji Pawi tidak mungkin sanggup menjadi pembunuh, dengan tegas dia menjawab:

"Kami terhormat pada yang terhormat sahaja, pada yang jahat kami lebih jahat!"

Mungkin kerana dialog ini dituturkan dengan begitu berkesan oleh Ahmad Yatim, atau ia sebenarnya sekadar menggerakkan jebat yang memang sedia ada dalam diri saya.


Prinsip yang hampir sama, atau mungkin lebih keras, pernah saya gunakan ketika masih menuntut di Mesir. Kemarahan saya memang tidak dapat dibendung dek sikap beberapa budak hingusan yang memegang sedikit kuasa dalam PMRAM. Usaha saya menerbitkan buku pertama saya Evolution Deceit dihalang dengan pelbagai cara. Tidak ada cara lain, maka saya menggunakan anugerah Allah kepada saya, PERKATAAN.

Ya perkataa. Hanya melalui perkataan saya meluahkan perasaan marah saya melalui emel yang disebarkan ke seluruh ahli PMRAM. Memang emel itu kasar, dan memang itu tujuan saya. Antara kandungannya adalah:

"Saya hanya hormat pada orang yang terhormat sahaja, tetapi pada orang yang BANGSAT saya boleh buat lebih bangsat lagi...!

Ahmad Yatim, Rahim Razali
Saya terfikirkan dua tokoh hebat ini sejak mengikuti kelas skrip drama Islam. Satu usaha tranformasi yang cuba dilakukan ke atas drama dan filem kita agar lebih terarah. Ibaratnya kita cuba mengulangi kejayaan tranformasi Rahim Razali dan Ahmad Yatim. Jika mereka berjaya, tidak mustahil kita juga.

Saya cuba membayangkan jika orang lama seperti ini dapat diajak untuk turut serta dalam misi dakwah kita ini, alangkah indahnya. Seislamik mana pun skrip yang kita hasilkan, mungkin hancur di tangan pengarah atau pelakon yang lesu. Akhirnya orang berkata, skrip islam ini tidak bermutu! Nokhtah

Rohidzir Rais - kemana menghilangnya Ahmad Yatim

0 comments: