Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Jumaat, 10 Oktober 2008

Syariat Solat Tahiyatul Masjid


Kemulian Masjid
&
Kedaulatan Muslim

Apabila Rasulullah s.a.w. diperintahkan menjadikan Masjid Al-Haram sebagai kiblat dalam solat maka masjid-masjid yang lain pun harus juga dijadikan sebagai “kiblat” dalam kehidupan. Kesatuan umat sudah seharusnya dimulakan dari masjid. Dengan kata lain, di mana saja umat Muslim berada, masjid harus menjadi perhatian supaya dapat dijadikan sebagai acuan dalam setiap menyusun program. Pentingnya masjid-masjid dijadikan sebagai kiblat kehidupan umat kerana kedudukannya yang memiliki wibawa di tengah-tengah umat. Pelbagai lapisan masyarakat masih dapat diterima di dalam masjid dan sangat berpotensi untuk menyatukan semua golongan masyarakat tanpa mengenal warna kulit, kedudukan sosial, fahaman politik atau usia. Ini sangat berbeza dengan organisasi-organisasi sosial lain yang cenderung kepada fahaman atau minat tertentu sama ada politik, hobi atau pekerjaan dan bangsa.

Jika kita menyelak lembaran sejarah Islam, perkara yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. setelah hijrah dari Makkah ke Madinah adalah membangun Masjid Quba. Di masjid inilah didirikan solat Jumaat pertama dalam Islam. Setelah beberapa lama kemudian dibangun pula Masjid Nabawi. Masjid sederhana yang berbumbungkan langit, berdindingkan pelepah tamar dan berlantaikan tanah ini, menjadi mercu tanda kedaulatan Islam di bumi Madinah. Kerana di sebalik binaan yang naif, ia digunakan secara optimum sebagai pusat beribadat dan pusat intergrasi masyarakat, di samping berperanan sebagai tempat pertemuan rakyat dengan pemimpin. Di sinilah segala permasalahan rakyat didengari sendiri oleh pemimpin pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w, presiden pertama negara Islam Madinah. Masjid Quba ini digunakan sebagai tempat ibadah, dewan pengaturan tata negara, mengatur strategi peperangan, pusat perkembangan pendidikan, hospital yang merawat mangsa perang, mahkamah yang mendamaikan dan menyelesaikan sengketa, tempat menerima utusan delegasi dan tamu, pusat penerangan, dan pembelaan agama.

Berdasarkan peranan masjid yang besar dalam pembentukan dan perkembangan sesebuah masyarakat, pastinya penghormatan dan sanjungan wajar diberikan kepada institusi hebat ini. Kerana itu, pensyariatan solat sunat Tahiyyatul-Masjid bertujuan memuliakan Rumah Allah ini.

0 comments: