Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Ahad, 12 Oktober 2008

Ayat-Ayat Cinta Mengangkat Martabat Bangsa Indonesia



Anda pastu sudah menonton filem ini 10hb yang lalu. Saya sudah menonton beberapa kali filem hebat ini. Saya membaca banyak pujian diberikan oleh khalayak penonton Malaysia. Sudah tentu, orang Malaysia terkejut dengan sebuah filem yang tidak memerlukan adegan "mat rempit mengawan" dan "pontianak terbang.." seperti dalam filem Malaysia, tetapi filem ini lebih berjaya.

Sebenarnya saya berpendapat pujian harus diberikan kepada pengarang buku AYAT-AYAT CINTA ini, Habiburrahman asy-Syirazi, seorang lepasan Universiti al-Azhar. Indonesia patut berbangga mempunyai seorang novelis yang mempunyai maruah dan harga diri yang tinggi. Anda faham maksud saya?

Perhatikan bagaimana pengarang menaikkan kedudukan seorang Indonesi (indonesian) di kacamata masyarakat arab Mesir. Dia sangat dihormati dan disenangi oleh sheikh-sheikh nya, rakan-rakan arabnya... dan malah dia begitu hebat hingga dapat memikat hati gadis-gadis daripada pelbagai latar belakang, Nora, si gadisMesir yang malang, Aisyah, gadis kacukan Jerman, Nurul, sahabat Indonesia sekuliah, dan juga Maria, seorang jiran perihatin yang beragama Kristian ortodok...

Di sini anda dapat melihat dengan jelas, bagaimana bangsa Indonesia ini diangkat begitu hebat, bermaruah dan dihormati.

Baik sekarang, bandingkan pula dengan apa yang "disumbangkan" filem-filem kita dan bagaimana merenka menggambarkan bangsa Malaysia di dalam kaca mata penonton. bandingkan filem ini dengan "Anak Halal", "Remp-it", "Kami", "impak maksima", dan lain-lain. Tontonlah filem ini, dan anda akan merasakan betapa bangsa Malaysia (melayu khususnya) sangat buruk dan hina.

"Adakah anda sedia membiarkan mereka menggambarkan bangsa Malaysia seperti dalam filem-filem ini?"

"Apakah anda setuju, inilah gambaran sebenar bangsa Melayu,,?"


Saya tertanya-tanya, tidak adakah penulis skrip atau pengarang yang mampu menghasilkan filem yang membentuk bangsa kita menjadi lebih baik, mengangkat maruah kita di mata orang lain....????


rohidzir rais
http://www.al-zuhaily.blogspot.com/




Lagu Tema Ayat-Ayat Cinta:




Belum Menonton Filem ini? Tonton sekarang:


(Ini part 1, part seterusnya klik di sebelah youtube)



Untuk lebih penghayatan, baca novel asal Ayat-Ayat Cinta:















Baca Juga Hasil karya Habiburrahman asy-Syirazin yang sama hebat:


4 comments:

Qalam'Aini berkata...

salam...
saya begitu tertarik dengan artikel ni, memang saya salah seorang die hard fan 'ayat-ayat cinta' ni..hehe.. bagi saya tidak hairanlah filem2 melayu kita sentiasa layu dan lesu saje. memetik kata2 tnc usm dlm ucpn apex baru2 ni,lebih kurg camni, 'tidak hairanlah jika produk2 industri perfileman kita berwajah layu dan lesu, asyik2 filem nangis n hantu je, jika pelajar2 yang mengambil kos seni layar dan seni2 lain di u adalah pelajar2 yang berpointer rendah, bukannya 4.0' yang 4.0 semuanya nak ambil kos2 kritikal medic, engineering..sedgkn media hiburan amat penting sebagai medium didikan untuk membangunkan bangsa...

FirDa FirDeeNa berkata...

Salam...saya baru berpeluang menonton AAC the movie 10hb lepas. Tapi ternyata agak mengecewakan kerana filem tersebut tak digarap seindah novelnya. Saya faham memang agak sukar dengan masa tayangan 2 jam untuk pengarah menyediakan hidangan sehebat novel. Apapun saya tetap kagum pada Habiburrahman kerana sememangnya beliau penulis yang berbeza...

Hanisah berkata...

salam, pandangan saya agak kontra dengan anda. saya tidak menyokong filem2 seperti anak halal dan sebagainya, tetapi saya tidak bersetuju dengan adaptasi filem ayat-ayat cinta yang menyimpang dari teks asal habiburrahman al -syirazy. adaptasi filem juga mengelirukan dimana watak fahri lebih kepada pendamba cinta manusia, sedangkan kurang penekanan terhadap keakrabannya dengan Allah seperti yang ditulis dalam novel. point utama saya, cinta utama Fahri dalam novel ialah Allah, tetapi mesejnya tak sampai bila difilemkan.

fareast berkata...

saya setuju. Filem Malaysia sekarang memang teruk. Apa yang dibanggakan dengan dengan perempuan simpanan. skandal sana-sini. dll. TERUK!!