Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Khamis, 11 Jun 2009

Sedikit Penawar Buat Hati yang Luka...

Coobaaaaaaan.....!!!

Jika terasa sedih dengan tragedi menimpa...

Anda tertekan dengan masalah yang menghimpit...

Terasa ingin menangis mengenangkan kesusahan yang tak kunjung padam...

Hati asyik bertanya: “Mengapa AKUuuuuu...!!!”

Ini jawapannya...

Ujian untuk Kebaikan

“Sesiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya Allah akan memberinya cubaan.’” (Riwayat al-Bukhari)

“Tiada sesuatu pun yang menimpa diri seorang mukmin, sama ada berupa keletihan, rasa sakit, kecemasan, kesedihan, gangguan, mahupun kesusahan, bahkan sampai tertusuk duri sekalipun, melainkan Allah akan menghapus dosanya berkat musibah yang menimpanya itu.” (Riwayat Muslim)

Musibah Berganti Nikmat

“Sesungguhnya Allah SWT berfirman yang bermaksud: ‘Jika Aku memberikan ujian kepada seorang hamba-Ku dengan menghilangkan kedua penglihatannya, lalu dia bersabar, maka kelak Aku akan menggantinya dengan syurga.’”

“Allah taala berfirman yang bermaksud: ‘Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang mukmin yang Aku matikan buah hatinya daripada penduduk dunia lalu dia bersabar, selain syurga.’”

Nilai Seorang Mukmin adalah SABAR

“Sesungguhnya menakjubkan urusan orang Mukmin itu, kerana semua urusannya bernilai baik baginya dan hal yang seperti ini tidak akan terjadi, melainkan pada diri orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, lalu bersyukur, maka hal itu lebih baik baginya; dan jika dia mendapat kesusahan, lalu bersabarlah, maka hal itu juga lebih baik baginya.’”

0 comments: