Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Sabtu, 10 Mei 2008

Merungkai kekeliruan seks secara menyeluruh

Ulasan Buku Berita Harian

Iqra: Merungkai kekeliruan seks secara menyeluruh

oleh Hasliza Hassan


MENJADIKAN seks sebagai bahan jenaka sudah sebahagian daripada budaya masyarakat tetapi untuk membicarakan permasalahan mengenai seks, ramai yang tidak bersedia malah dianggap sebagai tidak sopan untuk berbincang mengenainya secara terbuka.

Disebabkan itu, ada berpendapat sifat tidak terbuka masyarakat berbicara mengenai seks menyebabkan penularan gejala sosial di kalangan remaja serta masalah dalam perhubungan suami isteri.

Kekeliruan mengenai hubungan intim lelaki dan perempuan yang tidak pernah dibicarakan atau takut ditanya anak remaja kerana bimbang dimarahi menyebabkan mereka mencari jawapan sendiri melalui perlakuan tidak sepatutnya.

Akibatnya, timbul berita tidak sedap didengar apabila remaja terjebak dalam perhubungan bebas hingga melahirkan anak luar nikah. Lebih menyedihkan, jika anak yang lahir tanpa pengetahuan ibu bapa itu ditinggalkan atau dibuang begitu saja.

Sebagai mengisi kekosongan, buku Remeh-temeh tentang seks tapi anda malu bertanya dihasilkan untuk memberi penjelasan mengenai seks kepada mereka yang ingin mengetahuinya tetapi malu bertanya atau tidak ada tempat bertanya.

Persoalan berkaitan seks seperti mimpi, mandi junub, malam pertama, jimak, seks dan poligami, seks dan puasa, seks dan anak dirungkai dengan kaedah mudah difahami melalui soalan dan jawapan supaya perkara sulit dapat dijelaskan secara santai, ringkas tetapi menyeluruh.

Buku ini juga membentuk keadaan sebenar mungkin sedang dan pernah dilalui pembaca dengan diselitkan unsur nasihat, kaunseling serta motivasi kepada pembaca dengan harapan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah membelenggu.

Selain itu, buku ini turut mengemukakan hukum, fatwa dan pandangan ulama besar berdasarkan kepada rujukan diyakini. Pembaca dan ahli akademik boleh merujuk kepada nota rujukan disediakan pada setiap jawapan.

Remeh-temeh tentang seks tapi anda malu bertanya juga membicarakan hal perundangan seperti tuntutan fasakh berpunca daripada masalah hubungan kelamin serta sumpah membabitkan hubungan antara suami isteri.

Begitu juga dengan amalan membuat rakaman video dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) lucah, yang menjadi amalan pasangan hari ini untuk menunjukkan rasa cinta mereka turut diketengahkan supaya diberi perhatian sewajarnya.

Selain perbuatan itu jelas haram, akibat daripada rakaman itu akan mendatangkan kesan buruk terutama jika diperoleh oleh orang yang tidak bertanggungjawab seperti sudah berlaku dan dilaporkan media.

Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan turut menjadi perhatian penulis untuk dikongsi bersama pembaca. Bagaimana dengan khunsa? Bab 16 buku ini dapat memberi jawapan kepada persoalan berkaitan khunsa.

Sebagai maklumat tambahan, penulis menyertakan ruangan sketsa yang menyediakan panduan, nasihat serta hasil kajian seperti cara meningkatkan kualiti sperma, seks halal dan kesihatan serta faedah berkhatan.

Mungkin ada persoalan yang sedang bermain pada fikiran anda tetapi masih berkira-kira sama ada untuk bertanyakan kepada seseorang atau pendamkan saja perkara itu, dapatkan buku Remeh-temeh tentang seks tapi anda malu bertanya untuk membantu mencari jawapannya.



Tertarik untuk mendapatkan buku ini, tapi malu nak beli di kedai??!!

Dapatkan Di Sini:

http://al-zuhaily.blogspot.com/2008/02/merungkai-pelbagai-masalah-seks.html

Selasa, 8 April 2008

KAMUS AL-MIFTAH


KAMUS AL-MIFTAH

Arab - Melayu - Inggeris



Pengalaman sebagai Pelajar Universiti, Pensyarah Kolej, Penulis Buku Agama, Penterjemah, Editor Syarie dan Konsultan Syarie...

"Kamus Terbaik pernah dihasilkan di Malaysia..."

Sesuai untuk siapa sahaja yang menekuni Bahasa Arab:
- Pelajar Menengan, Pondok, Universiti, ..
- Guru, Pensyarah...
- Penterjemah Arb-Mly, Mly-Arb, Eng-Arb, Arb-Eng ....
- Istilah lama dan moden sesuai untuk rujukan ketika membaca buku-buku arab moden atau majalah dan akhbar.
- Istilah saintifik yang sukar didapati dalam kamus lain.
- Disertakan dengan gambar untuk memudahkan pemahaman...

Sila Lihat Contoh Di Bawah:

KEISTIMEWAAN AL-MIFTAH

- Muka surat setebal

- + 2000 halaman

- Menggunakan bahasa Arab moden dan terkini

- Mengandungi lebih 60 ribu entri

- Mengandungi lebih 3000 gambar

- Mengandungi -+ 50 halaman berwarna

- Menggunakan tiga bahasa Arab, Melayu dan Inggeris

- Menggunakan tiga warna tulisan iaitu merah, hitam dan Inggeris

- Memperkenalkan istilah-istilah Bahasa Arab iaitu:

1. Syariah Islamiah 2. Kristian 3. Kimia 4. Biologi 5. Alam Tumbuhan 6. Alam Burung 7. Alam Serangga 8. Perubatan 9. Falak 10. Penyakit 11. Komputer 12. Matematik 13. Alam Ikan 14. Geologi 15. Falsafah 16. Psikologi 17. Undang-undang 18. Politik 19. Ekonomi 20. Perdagangan 21. Mantik 22. Istilah bahasa 23. Sastera Arab 24. Muzik 25. Sukan 26. Fizik

MESTI BELI!!!!!

KAMUS AL-MIFTAH

(Kamus Moden / Mu'jam 'Asri)Arab - Melayu - Inggeris

Saiz: 16cm X 23cm

Jumlah Halaman: 1962 muka surat.

Harga: RM170 + RM5 (pos biasa)

Maklumat Penghantaran

Rabu, 19 Mac 2008

Remeh Temeh Solat 2



Jumaat, 22 Februari 2008

ipt

Sabtu, 16 Februari 2008

Rahsia Irfan Khairi

NOTA JUTAWAN, NOTA MOTIVASI
"Jutawan Internet"
IRFAN KHAIRI

Semenanjung M’sia: RM39.90 + RM3.00 = RM42.90

Sabah & S’wak: RM41.90 + RM3.00 = RM44.90

Size: 14cm X 21 cm (Hardcover + 4 Colors)

PENGHANTARAN TERUS KE RUMAH ANDA

Klik Untuk Kaedah Bayaran
Klik Untuk Melihat Buku-buku Lain

Isnin, 11 Februari 2008

Bayaran...

Penghantaran terus ke rumah anda...
KAEDAH
PEMBAYARAN

1. WANG POS @ MONEY ORDER @ CEK atas nama ROHIDZIR RAIS
poskan ke alamat berikut:
G-0-26, BLOK G,
APARTMENT LESTARI,
JALAN PJU 10/1B,
DAMANSARA DAMAI, SUNGAI BULOH,
47830 PETALING JAYA
SELANGOR
H/P: 019-5452 750
Pastikan anda mencatatkan pada Wang Pos
nama, alamat lengkap dan no telefon
2. Bank-In atau transfer ke dalam akaun di bawah:
ROHIDZIR RAIS
a/c: 162478097090
Pastikan anda menghantar emel atau sms memaklumkan maklumat berikut:
nama:
alamat:
no. telefon:
jumlah RM dimasukkan:
masa dimasukkan: (penting)
contoh sms:
rohidzir rais 2354, kg. kota, 13450 permatang pasir, penang 019-5452750 RM22.90 12:23 am
Penghantaran hanya dibuat setelah pembayaran disahkan.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
ROHIDZIR RAIS
H/P: 019-5452 750
EMEL: wahbahz@yahoo.com

Ahad, 10 Februari 2008

Kenyataan

Assalamualaikum

Saudara Saudari pendokong pejuangan Islam sekalian.
Terima Kasih kerana melayari blog ini. Perlu dijelaskan blog ini adalah blog peribadi saya untuk berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat di mana sahaja anda berada. Selain itu saya juga turut mempromosi dan menjual buku-buku yang saya tulis sendiri dan buku-buku yang saya rasakan sangat menarik dan perlu dibaca oleh orang lain.

Kerana itu, urusan jual beli di sini adalah berdasarkan kepercayaan sahaja kerana saya belum memiliki syarikat sendiri. Tetapi jika anda berminat untuk membeli tetapi tidak yakin untuk membuat pembayaran, sila hubungi saya melalui telefon untuk kepastian.

Blog ini juga tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana penerbitan.

Insyallah, buku-buku Harun Yahya yang saya terjemahkan juga akan dimuatkan di blog ini. Selain itu E-BOOK dan VCD Harun Yahya juga akan dipasarkan di sini.

Saya berharap usaha menyebarkan ilmu ALLAH ini mendapat ganjaran yang terbaik daripada-Nya.

Wasalam,

Rohidzir Rais

wahbahz@yahoo.com

019-5452750

Akan Datang...

"Soal Jawab Remeh Temeh Tentang SOLAT 2"

&

"TIP PELAJAR IPT CEMERLANG"

bersama Dr. Fadzilah Kamsah

Menikmati Kemanisan Ibadat Solat


Dari Penulis Buku Paling Laris "Pelik dan Aneh Dalam Solat"
SOLAT SUNAT
Kaitannya Dengan Keperluan Masa Kini

oleh Ustaz Abdul Rahman Muhamed


Islam ialah agama kesejahteraan, agama samawi yang syumul dengan konsep peribadatan yang menyeluruh, unik dan tersendiri. Ibadah dalam Islam menjurus kepada ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan yang banyak menyelesaikan masalah umat. Setiap ibadah dalam Islam mengandungi hikmah atau fadilat yang tersendiri. Jika digali dan dikaji maka akan terserlah kebaikan yang tersirat.

Buku ini menerangkan fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam Islam. Dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah masyarakat yang ada jalan penyelesaiannya dengan melaksanakan solat-solat sunat tertentu. Masalah anda juga mungkin disorot dalam buku ini.

Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar bagaimana melaksanakan solat sunat tertentu supaya lebih mudah difahami dan praktikal.

Buku Solat Sunat Masa Kini merupakan sebuah buku yang sangat unik dan berbeza dari buku-buku panduan solat lain yang terdapat di pasaran.

Buku ini secara terperinci memberitahu pembaca kelebihan-kelebihan atau hikmah yang terdapat dalam setiap solat sunat, yang jarang diketahui ramai. Sebagai contoh, tidak ramai yang megetahui bahawa solat sunat Dhuha boleh mengubati penyakit sendi dan Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang mengamalnya.

Di samping itu, setiap masalah solat sunat yang diutarakan dalam buku ini juga mempunyai hadith, cerita serta gambar panduan. Ini memudahkan para pembaca untuk lebih memahami kandungan buku ini dengan lebih menyeluruh.

Buku ini sangat sesuai dibaca sesiapa sahaja terutama mereka yang ingin mencari panduan dalam bersolat sunat ataupun boleh menjadi modul untuk kuliah-kuliah Feqah.

Semenanjung M’sia: RM29.90 + RM3.00 = RM32.90

Sabah & S’wak: RM31.90 + RM3.00 = RM34.90

Size: 14cm X 21 cm (Hardcover + 4 Colors)

PENGHANTARAN TERUS KE RUMAH ANDA

Klik Untuk Kaedah Bayaran
Klik Untuk Melihat Buku-buku Lain


Mengutip Mutiara Berharga Daripada Al-Quran & As-Sunnah


Dari Pengarang Buku Bestseller "La Tahzan"
KUNCI KEJAYAAN MINDA
DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI

Buku ini merumuskan kunci-kunci untuk kejayaan disampaikan dalam format yang mudah dan ringkas tetapi tepat. Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dijadikan role model yang unggul. Dr. Abdullah ‘Aidh al-Qarni seolah-olah berkata kepada anda:

“Jika mereka yang hidup ribuan tahun dahulu boleh cemerlang, kenapa anda pada hari ini yang hidup dalam 100% kemewahan dan kemudahan tidak mampu menghasilkan 10% pun daripada usaha mereka.”

Analogi yang digunakan sungguh tepat dan dekat dalam kehidupan seharian. Kerendahan hati hamba meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Kita merasakan kehidupan ini sungguh berharga dan tidak mungkin akan mensia-siakannya lagi. Semangat kita dirobek dari lubuk hati untuk terbang tinggi melangit ke angkasa raya.
• Quotation yang berbisa berserta gambar yang simbolik tetapi sinis.
• Konsep motivasi yang maju 2 langkah ke depan.
•Pemikiran al-Quran dan Hadis dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
• Kalau anda rasa anda sudah hebat, anda akan jumpa orang yang lebih hebat di dalam buku ini!
• Apabila anda selesai membaca buku ini anda akan rasa diri anda di angkasa dan melihat bumi ini kecil seperti sepinggan nasi yang sedia untuk disantap dengan sekali suap.


Beberapa kunci dan panduan dikhaskan untuk:
• Pelajar • Pendakwah
• Guru • Mufti
• Ibu Bapa • Pengurus
• Penulis • Penasihat
• Cendekiawan



Semenanjung M’sia: RM25.90 + RM3.00 = RM28.90
Sabah & S’wak : RM27.90 + RM3.00 = RM30.90
Size : 12.6cm X 18.7 cm
Muka Surat : 168 m.s

Klik Untuk Kaedah Bayaran
Klik Untuk Melihat Buku-buku Lain

Jumaat, 1 Februari 2008

Malu nak tanya tentang SEKS...

TERLARIS DI PASARAN!
20,000 Naskah terjual !!!

Merungkai pelbagai masalah SEKS...
oral seks? suami saya GAY? isteri saya dirogol?anak haram? cina BUTA? anak angkat? sumbang mahram? permanian beradas? IVF? ibu tumpang? nikah di SIAM? poligami? cerai @ talaq? isteri saya berzina? nikah MISYAR?
MALU NAK BELI DI KEDAI!!!
Jangan risau, beli sahaja di sini.
hanya RM19.90
+ RM4.00 (POS) =RM23.90
Penghantaran terus ke rumah anda...
PEMBAYARAN:
1. WANG POS @ MONEY ORDER @ CEK atas nama ROHIDZIR RAIS
poskan ke alamat berikut:
G-0-26, BLOK G,
APARTMENT LESTARI,
JALAN PJU 10/1B,
DAMANSARA DAMAI, SUNGAI BULOH,
47830 PETALING JAYA
SELANGOR
H/P: 019-5452 750
Pastikan anda mencatatkan pada Wang Pos
nama, alamat lengkap dan no telefon
2. Bank-In atau transfer ke dalam akaun di bawah:
ROHIDZIR RAIS
a/c: 162478097090
Pastikan anda menghantar emel atau sms memaklumkan maklumat beriktu:
nama:
alamat:
no. telefon:
jumlah RM dimasukkan:
masa dimasukkan: (penting)
contoh sms:
rohidzir rais 2354, kg. kota, 13450 permatang pasir, penang 019-5452750 RM22.90 12:23 am
Penghantaran hanya dibuat setelah pembayaran disahkan.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
ROHIDZIR RAIS
H/P: 019-5452 750
EMEL: wahbahz@yahoo.com