Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Sabtu, 25 Februari 2012

ISA - Biar Ahli Akademik Menguruskan Isu Hak Asasi Manusia




SELEPAS kerajaan membuat keputusan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ada pihak menganggap ini satu kemenangan dalam perjuangan hak asasi di negara ini. ISA diwujudkan oleh British untuk mengekang pengganas komunis sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Tetapi ISA dilihat bertentangan dengan hak asasi manusia kerana menahan individu yang disyaki subversif tanpa melalui proses perbicaraan. Kerana perjuangan hak asasi manusia semakin mendapat tempat di seluruh dunia, negara ini dilihat sebagai menentang hak asasi dengan wujudnya ISA.

Bagaimanapun ada pihak melihat ISA bukan bertentangan dengan hak asasi manusia kerana akta ini untuk membendung atau sebagai langkah awal mendepani pengganas atau militan.

Profesor Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, DATUK DR. MAHMOOD ZUHDI ABDUL MAJID yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yakin kerajaan akan mengimbangi kepentingan hak asasi individu dan hak kepentingan umum.

Ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID Khamis lalu, Mahmood tidak menafikan akan wujud pihak yang mengambil kesempatan dari pemansuhan ISA untuk kepentingan diri atau kelompoknya.

MINGGUAN: Adakah sistem perundangan kita sekarang cukup untuk menampung kelompongan selepas ISA dimansuhkan?

MAHMOOD ZUHDI: Saya sejak dahulu secara peribadi tidak keberatan dengan wujudnya undang-undang ISA. Ini kerana di samping beberapa keburukan yang mungkin berlaku akibat penyalahgunaan undang-undang ini namun banyak lagi kebaikannya. Ini terbukti dalam proses membina negara bangsa yang berhadapan dengan banyak isu-isu sensitif. Kita tidak boleh bandingkan dengan negara-negara Barat dalam soal pengurusan negara yang pastinya berbeza. Memang banyak negara Barat yang tidak ada undang-undang ISA sekarang ini. Tetapi dahulu ia telah wujud dan mereka sendiri sudah banyak melanggar had hak asasi manusia ketika itu. Malah saya boleh katakan terdapat undang-undang mereka yang lebih teruk dari ISA. Kerana pengamalan undang-undang tersebut maka dapatlah mereka membina negara bangsa dan akhirnya undang-undang yang keras dan zalim itu terhapus sedikit demi sedikit apabila negara semakin stabil.

Malangnya di negara ini masyarakat kita ini terlalu cepat terpengaruh dengan persekitaran di luar. Dahulu kebanyakan negara tertutup tetapi sekarang dengan teknologi canggih dan Internet sesuatu maklumat itu boleh tersebar dengan cepat. Keburukannya orang kita terlalu terpengaruh dengan nilai universal dan mereka mungkin cemburu dengan negara-negara Barat yang tidak mengamalkan undang-undang ini. Berasaskan perundangan, seseorang tidak boleh dihukum kecuali mereka benar-benar bersalah. Namun ISA tidak begitu tetapi jika saya merujuk kepada prinsip Islam yang telah diamalkan oleh para sahabat yang kanan mereka pernah melaksanakan undang-

undang yang disifatkan sebagai langkah-langkah kawalan. Jadi realitinya sekarang oleh kerana kerajaan telah membuat keputusan dan saya sebagai Pesuruhjaya Suhakam bersama rakan-rakan yang lain bersetuju dengan langkah pemansuhan ISA. Langkah ini adalah sebagai bersetuju dengan prinsip yang ditaja oleh dunia antarabangsa yang melihat ISA ini sebagai bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.

Tetapi tidakkah kita dilihat seolah-olah terlalu terikut dengan kehendak Barat?

0 comments: