Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB

">

Temubual Ustaz Rohidzir Rais bersama Dato Dr Mahmood Zuhdi tentang Hukum ASB (part 2)

">

Sabtu, 3 April 2010

BUKU... Amal Jariah


ROYALTI BUKU... minggu lepas saya mendapat bayaran royalti 6 bulan terakhir 2009 untuk 4 buah buku tulisan saya. Tiada perkara menarik untuk diceritakan tentang angka RMnya. Tapi saya tertarik dengan angka jumlah yang terjual. Walau pun semua buku ini terbitan tahun-tahun sebelum 2009, tapi alhamdulillah masih boleh dijual. Ini satu nikmat... Buku paling laris adalah KAMUS PINTAR SOLEH terjual 3354 buah dari July-Dis 09. Penerbit pernah kata buku ini tidak boleh dijual... tapi saya kata kamus ini akan jadi rujukan penting pelajar agama seluruh Malaysia!

Top 4 buku saya;
1. Kamus Pintar Soleh
2. Tarbiah Anak dengan Doa
3. Soal jawab Solat 2
4. Soal Jawab Seks

Ilmu yang disampaikan melalui medium suara hilang dengan segera kerana sifat bunyi yang tidak kekal. Tidak semua pendengar mendengar dengan jelas, atau mendengar tetapi belum tentu faham. Jumlah pendengar juga sangat terhad pada lokasi yang sangat terbatas. Tetapi buku... ia kekal lama. Bayangkan sekiranya sebuah buku yang dibeli dibaca oleh sekurang-kurangnya lima orang. Berapa yang memabaca buku anda jika 10 ribu buku anda terjual?!

Lebih menarik, kerana sifat buku yang kekal (hard copy) ia akan terus dibaca oleh orang lain sepanjang zaman. Hatta setelah penulis meninggal dunia. Sudah tentu ilmu yang dicurahkan di dalam buku-buku ini dibaca dan diamalkan oleh orang lain. Inilah ganjaran paling besar untuk penulis akhirat kelak.

BUKU, AMAL JARIAH YANG TIDAK PERNAH PUTUS...

Ini seruan dan ajakan saya kepada rakan-rakan ustaz dan ustazah yang rajin berceramah... jom menulis!